
Pelakon, Mimi Lana meluahkan hasrat untuk untuk dikurniakan cahaya mata kembar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Lana Tak Lepas Peluk Syafiq Kyle Di ‘Wedding’ Eyka Farhana, Netizen Berseloroh – ‘Ya Tahu, Kami Tak Ambil Suami Awak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Kyle Teruja Beraya Dengan Keluarga Besar Mimi Lana – ‘Saya Rasa Yang Manis Apabila Balik Kampung Berdua’
Teringin anak kembar
Menerusi aplikasi Threads, pemilik nama Mimi Rozaiana Zainal Abidin ini meminta orang ramai agar mendoakan supaya hasratnya itu dapat dimakbulkan.
Boleh tak nak mintak semua orang doakan saya dapat ‘baby’ kembar?
Orang cakap kalau ramai-ramai doakan senang termakbul.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat Mimi dan Syafiq agar dikurniakan cahaya mata kembar.
Untuk rekod, Mimi dan pelakon, Syafiq Kyle selamag bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Taiping, Perak pada 14 Februari lalu.
Untuk rekod, kedua pasangan merpati dua sejoli itu sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos tahun 2023, namun majlis itu dibatalkan.
Tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.
Posting Mimi
Sumber: Threads Mimi Lana