
Pelakon Mimi Lana mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada menggunakan aplikasi Threads buat sementara waktu.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Suruh Cuba Jual Tudung Agar Terbuka Hati Pakai Kekal’ – Mimi Lana Dedah Hasrat Syafiq Kyle
Artikel Berkaitan: Mimi Lana Kagumi Pesona Pevita Pearce – ‘Tak Pernah Terbayang Akan Berjumpa Dengan Hayati’
Mimi Lana ‘uninstall’ Threads
Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozalana Zainal Abidin mengakui bahawa dia kini menyedari penggunaan media sosial yang berlebihan memberikan kesan yang kurang baik buat dirinya.
Saya sedar bahawa terlalu banyak (penggunaan media sosial) tidak sihat untuk saya. Saya akan berehat dan uninstall aplikasi ini buat masa sekarang.
Dalam hantaran yang sama, Mimi mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan kewujudan akaun palsu yang menggunakan namanya untuk tujuan penipuan.
Jangan percayai sebarang akaun palsu yang menggunakan nama saya, terutamanya yang berkongsi kod QR untuk minta duit, itu bukan saya. Ini adalah satu-satunya akaun saya.
Sementara itu, isteri kepada pelakon Syafiq Kyle ini turut menitipkan pesanan buat para pengikutnya agar tidak terlalu terikat dengan dunia maya, memandangkan kehidupan sebenar jauh lebih penting.
Sumber: Threads Mimi Lana