Pelakon, Elisya Sandha, selamat bersalin bayi perempuan di sebuah hospital swasta pada pukul 8.40 pagi tadi. Menerusi laporan Harian Metro, Sheila Rusly meluahkan rasa syukur dan sangat teruja menimang cucu dan menerima ahli baharu dalam keluarganya itu. Tahniah!
Sangat gembira
Saya sangat gembira dan bersyukur atas rezeki ini. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tiada komplikasi setakat ini. Insya-Allah saya akan jaga Elisya dalam pantang dan dibantu besan Mama Sandha.
Terdahulu, Shiela berkongsi dia juga orang pertama yang membelikan barang dan kelengkapan cucu perempuannya. Ujar Sheila, dia ada mimpi cucunya lahir dan terus bagi nama. Tambah Sheila, nama itu akan dikongsikan Elisya serta suaminya selepas ini.
Sumber: Harian Metro