berita

Mimpi Ruhainies Jadi Kenyataan, Mahu Sambut Ramadan & Hari Raya Di Tanah Suci

April 11th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Ruhainies ‘membawa’ diri ke Makkah dan Madinah selepas dihambat dengan pelbagai kontroversi panas sejak kebelakangan ini. Difahamkan, Ruhainies pergi ke sana untuk mengerjakan ibadah umrah sekali gus meraikan Aidilfitri di sana.

Artikel Berkaitan: Viral Khabar Angin Ruhainies Sudah Bergelar Isteri? Dokumen Perniagaan Di London Tersebar

Mimpi jadi kenyataan

Memetik laporan Harian Metro, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, berkata, dia sudah lama mengimpikan saat itu dan akhirnya menjadi kenyataan.

Mimpi menjadi kenyataan. Nak Ramadan dan hari raya di Tanah Suci. Alhamdulillah. Allah sebaik-baik perancang.

Terdahulu, dunia hiburan kecoh apabila Ruhainies dan pelakon Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Malah isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah baru-baru ini turut mendedahkan Aliff sudah lapan kali pergi ke rumah Ruhainies.

Tidak lama selepas itu, timbul pula spekulasi kononnya pelakon itu sudah berkahwin susulan namanya didaftarkan dengan panggilan Mrs atau Puan dalam sebuah urusan perniagaan di London.

Namanya juga digabungkan dengan seorang individu bagi penubuhan sebuah syarikat. Tidak ketinggalan, gambar sebuah rumah di London turut jadi persoalan sama ada berkaitan atau tidak.

Sehingga kini, Ruhainies belum tampil memberi penjelasan lanjut mengenai dakwaan tersebut seperti yang viral di media sosial.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×