
Tiga anggota kumpulan K-pop, Seventeen iaitu Seungkwan, Dino dan Mingyu bakal memulakan khidmat ketenteraan wajib di Korea Selatan dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: [FOTO] Ini Wajah Idol Kpop Kesayangan Korang Dahulu VS Sekarang..Rupanya Memang Cantik Sejak Lahir!
Tiga kumpulan Seventeen masuk khidmat tentera

Agensi Seventeen iaitu Pledis Entertainment memaklumkan Seungkwan dan Dino dijadualkan mendaftar sebagai anggota tentera pada 26 Oktober.
Sementara itu, Mingyu akan memulakan khidmat ketenteraannya pada 10 September menerusi perkhidmatan alternatif.
Seungkwan dan Dino dijadualkan menyertai unit pancaragam tentera (military band) Tentera Darat pada 26 Oktober.
Menurut Pledis Entertainment, Seungkwan, Dino dan Mingyu akan menyertai semua aktiviti rasmi yang telah dijadualkan sehingga tarikh mereka memulakan khidmat ketenteraan.
Bagaimanapun, tiada acara rasmi berasingan akan dianjurkan pada hari mereka melaporkan diri untuk bertugas.
Ketiga-tiga anggota tidak dapat menyertai aktiviti Seventeen selepas memulakan khidmat ketenteraan, namun mereka akan terus berhubung dengan Carat menerusi pelbagai kandungan yang telah disediakan lebih awal.
Pledis Entertainment turut memohon sokongan berterusan daripada peminat agar Mingyu, Seungkwan dan Dino dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik serta kembali dalam keadaan sihat.
Sumber: The Korea Times







