berita

Minta Bayaran RM5k Untuk Satu Episod, Penerbit Drama Tegur Pelakon ‘Acah-Acah’ Diva

February 15th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, penerbit Fadzil Teh atau lebih dikenali sebagai Haji Zil meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir artis meletakkan harga bayaran yang tidak masuk akal.

Menerusi akaun Instagram Pengarah Urusan Zeel Production itu, artis perlu memahami situasi syarikat produksi apabila bayaran yang diberikan stesen TV juga tidak banyak.

Boleh buka company sendiri

https://www.instagram.com/p/Btz5XFOnSFk/

Luahan rasa terkilan Haji Zil menerusi akaun Instagramnya, dia menyatakan bahawa pelakon-pelakon baru yang meletakkan harga sehingga mencecah 5k dalam satu episod boleh buka syarikat sendiri dan hasilkan karya sendiri.

Pengurusan artis letak harga tinggi

Menerusi Harian Metro, dia menjelaskan bahawa pengurusan artis juga merupakan individu yang meletakkan harga yang sangat tinggi.

Saya ada berbual dengan beberapa individu dari stesen TV. Mereka berkata, ada pengurus artis yang meletakkan harga tidak masuk akal sehingga RM5,000 untuk satu episod.

Kalau ikutkan, artis yang meletakkan harga tinggi itu bukanlah pelakon senior. Bagi saya, permintaan mereka melampau.

Tambahnya, sekiranya stesen TV membayar syarikat produksi dengan bayaran yang tinggi, itu tidak menjadi masalah.

Kena ada toleransi

Ada juga stesen TV yang bayar mahal jadi tak ada masalah jika artis letak harga tinggi.

Sekiranya drama ‘meletup’, belum tentu syarikat produksi akan dapat tawaran lain tetapi artis sudah pasti akan dapat lebih banyak tawaran.

Jadi, kalau boleh kenalah ada toleransi.

Dia berharap artis serta pihak pengurusan memahami senario industri seni pada masa kini.

Sumber: Harian Metro & Instagram Fadzil Teh

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×