berita

Minta Belikan Kereta & Rumah Untuk Keluarga, Anak Sulung Buntu Ibu Bapa Suruh Cari Menantu Kaya

May 18th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Menjadi seorang anak sulung bukanlah perkara yang mudah kerana perlu memikul tanggungjawab yang berat. Bukan sahaja diharapkan untuk menjaga serta menjadi role model kepada adik-beradik, malah bertanggungjawab untuk menyara keluarga juga.

Minta belikan kereta & rumah untuk keluarga

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter dikenali sebagai TwtWedding, seorang wanita bergelar anak sulung meluahkan situasi perit yang dihadapi olehnya kerana sikap ibu bapa dikatakan agak materialistik.

Saya anak sulung, parents saya macam tak kasi saya kahwin, alasannya mereka suruh saya beli kereta dan rumah family dulu dan mereka mengharapkan saya tolong tanggung adik-adik saya yang masih bersekolah.

Ujarnya, bukan tidak mahu untuk menolong adik-beradik, namun kadang-kadang dia merasakan bahawa ia bukan tanggungjawabnya dan sepatutnya ibu bapa lah yang bertanggungjawab dalam perbelanjaan anak-anak mereka.

Beli rumah sendiri, Kalau beli rumah guna nama saya, nanti macam mana saya nak beli rumah lepas kahwin?

Dalam pada itu, wanita terbabit menyatakan bahawa dia sudah lima tahun menjalinkan hubungan percintaan bersama dengan teman lelakinya yang dikenali ketika mereka sama-sama belajar di universiti. Malah lelaki berkenaan sudah menyuarakan hasrat untuk memperisterikannya, namun situasi yang dihadapi olehnya itu membuatkan dirinya belum bersedia kerana tersepit dengan keluarga dan masa depan.

Saya bekerja di Kuala Lumpur, duit gaji saya RM2,000 dan selepas tolak EPF dan Socso tinggal RM1,800. Wang RM500 saya bagi parents, bil Astro dengan Wifi rumah saya yang tolong bayarkan.

Setiap bulan selepas gaji saya belanja family makan, saya orderkan. Baki tolak dekat saya lebih kurang RM1,000. Itulah nak simpan, nak makan, nak bayar itu ini.

Ibu bapa suruh cari lelaki kaya

Sekadar gambar hiasan

Namun, apabila dia menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pilihan hatinya, ibu bapa wanita ini seperti tidak setuju kerana teman lelakinya bukan daripada kalangan anak orang kaya dan seboleh-bolehnya mereka ingin anaknya itu mencari lelaki yang kaya untuk dijadikan suami.

Parents saya cakap kalau nak kahwin pastikan lelaki tu kena ada kereta, rumah dan hantaran paling kurang RM20,000. Kadang saya malu, family saya pun tak kaya, takkan saya nak cari anak Datuk atau anak Tan Sri?

Tambahnya lagi, meskipun teman lelakinya itu bersungguh-sungguh untuk memperisterikannya, namun sikap kedua-dua ibu bapanya itu membuatkan dia rasa buntu dan tidak tahu hendak luahkan kepada siapa.

Susulan daripada kisah wanita ini, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib yang dialami olehnya. Malah ada juga di antara mereka yang memberi nasihat agar wanita itu berbincang secara baik dengan ibu bapanya.

Kesiannya ada family macam ni. Siap nak anak kahwin dengan orang kaya. Semoga dipermudahkan urusan awak untu kahwin ya. Tak payah beli rumah dan kereta tu nanti dah ada keluarga dan anak sendiri tak tertanggung pulak.

Mungkin awak boleh terangkan dekat parents yang gaji awak tak cukup untuk beli rumah dorang.

Awak patut pentingkan diri awak dulu. Walaupun ibu bapa tapi awak ada hak untuk pilih apa yang awak nak. Beranikan diri untuk buat keputusan untuk masa depan.

Sumber : twtmalaywedding

SKIP THIS AD ×