Pelakon Kamal Adli memohon orang ramai agar berhenti menyebarkan atau mengungkit kisah silamnya yang kurang baik, termasuk yang melibatkan isterinya, Uqasha Senrose.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Terus Bekerja Selepas Pulang Dari Mahkamah – ‘Saya Tetap Positif Sebab Ini Rezeki Allah’ 

Artikel Berkaitan: ‘Saya Berani Junjung Al-Quran, Tak Pernah Pukul Isteri’ – Kamal Adli Pilih Simpan Aib Uqasha Senrose 

Berhenti kongsi yang tidak baik

Pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, berkata perkara boleh memberi kesan kepada anak mereka, Hawra Uqaira.

Nak minta tolong boleh? Boleh tak minta ihsan kalian atau sesiapa untuk berhenti post mengenai kisah silam saya dan Uqasha yang tidak baik.

Bagi saya, perkara itu tidak baik untuk anak saya. Kasihankan kami.

Bagaimanapun, menerusi tinjauan OhBulan!, pelakon drama Sha dan Shah itu telah pun memadam hantaran tersebut.

Sebelum ini, segelintir netizen memuat naik video tentang kisah silam yang melibatkan pasangan itu selepas Uqasha mendakwa telah menjadi mangsa dera sepanjang perkahwinan mereka.

Terdapat pelbagai campur tangan daripada pihak netizen sehingga tercetusnya dakwaan dan spekulasi yang melibatkan pasangan itu.

Terdahulu, prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pasangan itu yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis gagal mencapai kata sepakat apabila Kamal enggan melafazkan cerai.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh baharu iaitu pada 12 Januari 2026 bagi kedua-dua pihak menjalani proses hakam keluarga.

Sumber: Threads