berita

Minta Jadi ‘Muse’ Saat Akhir, Karl Shafek Kecewa Dengan Datuk A

August 20th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Bakal membuka tirai Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022), Ahad ini, pengacara dan pereka fesyen, Karl Shafek meluahkan rasa kecewa dengan seorang individu berpangkat Datuk.

Artikel Berkaitan: Pernah Simbah Petrol Pada Badan, Karl Shafek Masih Dapatkan Rawatan Pakar Untuk Masalah Depresi

Nak jadi ‘muse’

Menerusi hantaran di Facebook, Karl, 43, menegaskan dia tidak akan membenarkan Datuk A menjadi ‘muse’ di saat akhir kerana dakwanya individu terbabit hanya ingin bertemu dengan media.

Kata pemilik nama Khairul Shafek Ibrahim, Datuk A tergamak meminta bayaran untuk menghadiri acara tersebut.

Minta maaf Dato Al** Sy****. Saya tidak akan benarkan pertunjukan fesyen saya jadi tempat awak jadikan platform untuk jumpa media.

Bila awak tiba-tiba nak jadi ‘muse’ saya pada saat akhir dan minta token (sagu hati), buat saya rasa sangat mual nak muntah.

Dua bulan lepas saya pernah hubungi awak untuk jadi rakan jenama saya dan saya tawar awak jadi ‘muse’ saya kalau awak setuju.

Mula-mula awak balas dengan semangat tapi bila saya hantar ‘proposal’ (kertas kerja) awak terus ‘bluetick’ (tidak membalas) saya.

Bekerja keras untuk yang terbaik

Dalam pada itu, Pengarah Kreatif Neonate Clothing percaya individu terkenal itu akan menghancurkan pertunjukan fesyen yang sudah dirancang sejak tiga bulan lalu.

Maaf saya dah bersungguh-sungguh selama dua, tiga bulan untuk buat koleksi dan pertunjukan fesyen terbaik dalam hidup saya. Saya percaya awak akan hancurkan acara saya nanti menjadi persembahan awak. Sumpah.

Sumber: Facebook @Karl Shafek Ibrahim

SKIP THIS AD ×