Umum sedia maklum, Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad merupakan pakar mata yang dikenali dan sering berkongsi ilmu-ilmu berkaitan perubatan dan agama di media sosial. Perkongsian ilmu yang diberikan itu juga menjadi sumber rujukan bagi sesetengah individu yang ingin mencari maklumat berhubung kesihatan dalam kehidupan seharian mereka.
Semalam, nama Prof Muhaya ini menjadi trending apabila video yang dimuat naik beliau di Instagram berhubung masalah anxiety telah mendapat perhatian daripada warganet.
Berhenti makan ubat
Dalam video ini, doktor pakar mata ini menyuruh semua orang yang ada anxiety supaya “berhenti makan ubat dan jangan ikut cakap doktor.”
Kemudian dia promosi positiviti toksik pula.
Kita semua kena tahu limitasi kepakaran kita.
Janganlah pukul rata & jadi “pakar semua bidang.” https://t.co/c8MaJHfbJU pic.twitter.com/EGpR1iYSUc
— Akif Basri (@akif_basri) January 20, 2021
Minat maaf la, bonda kan against mainstream. Stop the medication. Don’t think about doctor said. Because saya anxiety, anxiety tak kuat. Saya sihat, saya sihat terus kuat. So one second u can change. Ini kita mantras anciety, stress jadi kacau. Ayahnda akan tahu bila bonda nak marah ja, bunda akan zikir. Sebab syaitan kan.
Melalui video tersebut, ulasan Prof Muhaya telah membuatkan beberapa pihak kurang bersetuju terutamanya mereka yang berada dalam bidang terbabit dan juga pesakit yang mengalami masalah anxiety sendiri. Menerusi perkongsian di Twitter, beberapa individu tampil meminta agar beliau tidak memukul rata dan menjadi pakar dalam semua bidang kerana ramai penghidap anxiety yang bergelut dengan masalah ini.
Mengucap panjang saya
Maaf, saya rasa kenyataan tersebut sangat tidak wajar. Terutama dari seorang yang ingin menyebarkan kebaikan. Walaupun saya pakar psikiatri, saya takkan sesekali komen rawatan pesakit saya yang tidak berkait dengan bidang saya. Kita perlu hormati bidang ilmu dan profesionalism. Ia juga menyalahi etika sebagai seorang pengamal perubatan. Dan lebih teruk lagi, ia membawa stigma terhadap pesakit anxiety, seolah-olah mereka yang mengambik ubat itu tidak positif, tidak kuat, tidak percaya tuhan dan seangkatan dengannya.
Sekiranya ada peskit yang mengikuti nasihat suruh berhenti ubat tersebut gejalanya makin teruk dan kemudian menjadi suicidal. Siapa agaknya yang nak bertanggungjawab dengan akibat dti nasihat tersebut? Tak salah nak sebar kebaikan dengan menemai positivity. Tapi biarlah dengan hikmah. Ada tempat kita bantu dengan fikiran positif, ada situasi kita perlu rawat. Saya doakan kita semua terpelihara oleh Allah dari kejahilan.
Seorang pakar psikiatri yang dikenali sebagai Dr. Rozanizam Zakaria meluahkan pandangan peribadinya berhubung topik yang dibicarakan oleh Prof Muhaya. Ujar doktor tersebut, beliau tidak akan sesekali memberi komen mengenai rawatan pesakit yang tidak berkait dengan bidang kerjayanya. Tambah beliau, jika pesakit anxiety mengikut nasihat yang diberikan supaya tidak makan ubat, kes bunuh diri juga dipercayai akan menjadi lebih teruk di negara ini. Oleh itu, pihak mana yang harus dipersalahkan pada masa tersebut jelas Dr.Rozanizam. Di akhir pandangan yang diberikan, doktor psikiatri itu memberitahu bahawa menyebarkan positiviti itu tidak salah. Namun, ianya perlu mempunyai hikmah.
Minta maaf
View this post on Instagram
Prinsip kita, kalau kita buat silap mesti kena minta maaf. Bonda sangat bersyukur sagat suka. Bonda buat ni secara live dan ingin meminta maaf kepada psikiatri, psikologi dan semua yang terlibat dalam rawatan pesakit mental secara profesional. Mungkin statement bonda itu agak generalize dan bunda tak sepatutnya komen bahagian jiwa kerana bunda pakar mata. Mungkin bonda juga terlalu yakin, sombong, pandai sangat dan bajet bagus semasa video tersebut. Bila jadi macam ni, kita kena sucikan hati dan buat tiga perkara ini . Taubat , minta maaf dan memaafkan.
Menerusi video berdurasi 6:18, Prof Muhaya memohon maaf kepada semua golongan profesional yang terlibat dalam rawatan pesakit mental. Jelas Prof Muhaya lagi, dia turut memaafkan semua individu yang menghentam dirinya. Di samping itu, beliau menegaskan bahawa pengalaman yang dikongsikan itu dihadapi oleh sebahagian pesakitnya. Di akhir video, Prof Muhaya memberitahu bahawa dia bukan doktor yang merawat semua pesakit yang mengalami masalah tersebut. Oleh itu, kesemua pesakit perlu merujuk doktor masing-masing dan mendapatkan pandangan mereka berhubung isu ubat mahupun sebaliknya.
Sumber: Prof Muhaya & Dr Rozanizam