
Ramai antara kita percaya selagi tak rasa sakit, maksudnya badan masih sihat. Tapi hakikatnya, hati, organ yang senyap, taat bekerja dan jarang ‘complain’ sebenarnya antara yang paling cepat terjejas oleh gaya hidup kita.
Hati bekerja 24 jam tanpa henti untuk tapis toksin dan hasilkan tenaga, namun kebanyakan kita tak sedar betapa rutin harian yang nampak biasa boleh perlahan-lahan melemahkan fungsinya.
Gaya hidup moden yang sebenarnya bebankan hati

Kalau tengok realiti hidup rakyat Malaysia, memang banyak tabiat harian yang tanpa kita sedar membebankan hati.
Kita kerja sampai lewat malam, makan apa yang sempat dan suka pula makanan segera, berminyak serta penuh perisa. Minuman manis jadi comfort drink harian, tidur pun tak teratur. Belum masuk bab kurang minum air putih dan stress yang tak pernah reda.
Gaya hidup moden ni memang nampak remeh, tapi tabiat kecil-kecil inilah yang perlahan-lahan ‘menyeksa’ hati kita.
Setiap kali badan dibebankan dengan gula, minyak dan toksin, hati terpaksa bekerja keras untuk tapis semuanya.
Lama-kelamaan fungsi hati mula perlahan—dan inilah punca senyap yang ramai tak sedar boleh menyebabkan nafas berbau, sebab bahan buangan yang tak diproses sempurna boleh ‘naik’ balik sebagai bau kurang menyenangkan.
Bayangkan kalau setiap hari selama bertahun-tahun kita bagi badan rutin macam ni… apa akan jadi pada hati yang terpaksa memproses semua beban metabolik itu?
Tanda halus yang selalu kita pandang remeh

Masalah hati jarang datang dengan sakit yang ketara, sebab tu ramai tak ambil peduli. Tapi bila fungsinya mula perlahan, badan sebenarnya sudah bagi signal halus yang ramai tak perasan.
Rasa letih walaupun dah tidur, kulit makin kusam, susah fokus waktu kerja, mood cepat berubah dan badan rasa berat setiap pagi, semua ini mungkin bukan sekadar penat biasa, tapi tanda hati mula minta tolong.
Kita selalu salahkan kerja banyak, cuaca panas atau tak cukup tidur. Tapi di sebalik semua itu, hati mungkin sudah lama terbeban dan perlukan sokongan sebelum masalah jadi lebih besar.
Mulakan langkah kecil untuk jaga hati sebelum terlambat

Perkara paling penting ialah memahami bahawa menjaga hati tak semestinya perlukan perubahan drastik. Kadang-kadang, langkah kecil pun boleh beri kesan besar.
Minum lebih banyak air, kurangkan minuman manis, tidur lebih awal, pilih makanan yang lebih seimbang. Semua ini memberi ruang untuk hati berehat dan pulih perlahan-lahan.
Dan bagi mereka yang hidup dengan jadual sibuk, cara paling mudah untuk bantu hati kekal kuat ialah dengan mengamalkan suplemen sokongan hati sebagai rutin harian.
Cara mudah bantu hati dengan sokongan tambahan
Antara pilihan yang sesuai dan ringkas diamalkan ialah Swisse Ultiboost Liva Pro, kerana formulanya memang direka untuk menyokong kesihatan hati secara menyeluruh.
Setiap tablet mengandungi gabungan bahan aktif semula jadi seperti Milk Thistle Extract, Globe Artichoke Extract, Turmeric Rhizome Extract (kunyit) dan Choline yang menyokong kesihatan & fungsi hati, membantu detoks semula jadi badan dan mengekalkan tahap tenaga walaupun dalam jadual sibuk.

Disahkan Halal dan cukup diambil 2 tablet setiap hari, sesuai untuk korang yang selalu kejar masa tapi tetap ambil berat kesihatan dalaman.
Kesihatan hati bukan sesuatu yang kita boleh nampak, tapi bila dijaga dari awal dan kesannya terasa pada seluruh badan.
Oh ya, korang berpeluang untuk menang penginapan 2 hari 1 malam di hotel Majestic yang bertaraf 5 bintang dan juga menang pin tambah nilai sebanyak RM5.
Macam mana nak menang? Mudah je. Korang hanya perlu beli produk Swisse Ultiboost Liva Pro ini dengan pembelian minimum RM60 di kedai fizikal atau secara atas talian dan whatsapp ke 012-2218700. Pastikan simpan resit asli korang!
Promosi ini berlangsung dari 1 November sehingga 31 Disember 2025.
Mulakan perubahan kecil hari ini sebab bila hati sihat, baru hidup pun terasa ringan dan bertenaga. Layari swisse.com.my atau ikuti @swissemalaysia untuk ketahui lebih lanjut tentang Swisse Ultiboost Liva Pro dan rutin sihat harian korang.








