Pelakon dan usahawan, Mira Filzah sentiasa memantau dan mengehadkan masa penggunaan skrin anaknya, Wan Khair Amir demi memastikan tumbesaran yang sihat dan seimbang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mira Filzah Sanggup Berhabis Demi Makanan – ‘Untuk Servis Penghantaran Makanan Saya Bayar RM8,000’

Artikel Berkaitan: Mira Filzah Kongsi Pengalaman Pertama Kali Buat Umrah Sebagai Seorang Ibu & Isteri – ‘Tawaf Tujuh Kali Sambil Dukung Amir’

Pantau

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Amirah Filzah Badioezaman, 32, menjelaskan keputusan itu dibuat kerana anaknya masih dalam fasa membesar.

Dari segi screen time untuk anak saya memang saya ada mengehadkan masa disebabkan dia masih lagi dalam fasa membesar.

Kebiasaannya saya beri dia masa 30 minit saja, sekali sekala saja.

Screen time tu ibarat ‘reward’ untuk dia kalau dia kemas barangan mainan, habiskan makanan dan banyak lagi.

Mira berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran Wardah Fashionably Modest Asia 2025 di Damansara pada Rabu.

Sementara itu, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu juga tidak menafikan dirinya berasa takut dengan kejadian jenayah melibatkan kanak-kanak.

Bagaimanapun, Mira yang juga duta bagi rangkaian produk Wardah, Colorfit percaya didikan yang baik dapat membentuk anak-anak berfikiran lebih positif.

Sudah semestinya saya rasa takut, bertambah lagi dengan sekarang banyak perkara yang berlaku.

Saya sebagai ibu muda yang baru mempunyai seorang anak jadi ini adalah pengalaman pertama saya sebagai ibu.

Kita kena berjaga-jaga dan mengawal pergerakan anak kita.

Apa yang saya percaya, didikan berlaku dari rumah sejak kecil. Mereka diibaratkan seperti kain putih, jadi ibu bapa yang mencorakkan.

Perkara itu yang perlu kita (ibu bapa) beratkan.

Insya-Allah kalau didik dengan baik, ibu bapa memberi contoh yang baik, anak-anak juga akan membesar dengan baik.

Sekadar makluman, Fashionably Modest Asia 2025 dengan Wardah sebagai rakan rasmi solekan dan kecantikan akan dibuka dengan persembahan penuh visi, hasil sentuhan kreatif penggaya terkenal, Min Luna.