
Bekas kapten pasukan hoki kebangsaan, Datuk Mirnawan Datuk Hj. Nawawi melihat satu perkembangan yang positif apabila semakin ramai rakyat Malaysia meminati sukan pickleball.
Artikel Berkaitan: Shaniena Natasya Hilang Sabar, Selar Netizen Kecam Main Pickleball Dalam Pantang
Sukan Pickleball untuk semua

Mirnawan berkata, dia juga memilih sukan itu untuk kekal aktif dan sihat kerana berpendapat aktiviti tersebut tidak sukar dilakukan dan sesuai dengan usianya yang kini menginjak 53 tahun.
Sebagai bekas ketua pasukan hoki negara, saya sudah terbiasa dengan gaya hidup aktif. Jadi, pada usia yang sudah mencecah lebih 50 tahun, saya mencari satu sukan yang boleh buat saya kekal aktif.
Untuk saya terus bermain hoki agak sukar kerana sukan itu terlalu laju dan saya lihat sukan paling sesuai adalah Pickleball.
Bukan saya bermain untuk wakil negara ke Olimpik, saya main untuk kekal sihat, biarpun pergerakan dalam sukan ini tidak banyak seperti sukan lain, tetapi tetap bakar kalori kita dalam kuantiti yang banyak.
Apabila saya lihat rakyat Malaysia semakin ramai yang aktif dengan pickleball, saya rasa seronok. Ini menandakan sesuatu yang positif kerana ramai mula minat bersukan dan aktif.
Minawan berkata demikian ketika ditemui di majlis pelantikan dirinya sebagai duta Gel Amani yang diadakan di Corncode Hotel, Shah Alam, pada Selasa.
Satukan kaum

Berkongsi lanjut, Mirnawan berkata, sukan pickleball juga dilihat mampu menyatukan rakyat majmuk tanpa mengira latar belakang kaum dan lapisan umur.
Sukan ini juga mampu menyatukan pelbagai kaum dan tidak hanya tertumpu kepada khusus lapisan umur sahaja. Meskipun saya sudah 53 tahun, sukan ini sesuai. Baik daripada peringkat remaja hingga yang sudah dewasa.
Sukan ini saya anggap tidak begitu penat dan tidak terlalu susah untuk dimainkan, kalau penat atau sakit sendi saya sapu lah gel amani.
Sukan ini saya lihat ada satu potensi besar dan saya tidak rasa sukan ini adalah sukan bermusim. Boleh jadi lagi dua tiga tahun sukan ini akan diiktiraf oleh sebuah badan organisasi.
Duta Gel Amani

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai pelantikan sebagai duta Gel Amani, Mirnawan meluahkan rasa syukur di atas kepercayaan diberikan.
Terima kasih Amani Life lantik saya jadi duta Gel Amani. Semua sedia maklum saya merupakan atlet, saya akan gunakan produk ini sebelum dan selepas bersukan. Produk ini sangat membantu saya mengelak dan mengurangkan kecederaan.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Amanilife, Tuan Leo Adi Putra memberitahu Mirnawan memiliki kriteria yang tepat sebagai duta produknya.
Datuk Mirnawan merupakan pengguna tegar produk ini sejak 10 tahun lalu dan dia adalah figura paling tepat untuk kami lantik sebagai duta.
Tambahan lagi, golongan usia seperti Datuk Mirnawan adalah sasaran pengguna kami kerana kita sedia maklum usia-usia seperti beliau ramai yang mengalami sakit sendi.
Gel Amani merupakan produk berdaftar dengan KKM dan disahkan Halal oleh JAKIM.








