berita

Misteri Bau Busuk Terungkai, Mayat Reput Ditemui Dalam Rumah Berkunci

June 18th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Misteri baru busuk dari sebuah rumah di Taman Temiang Utama, Jalan Salleh membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki.

Pintu rumah berkunci

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, pada awalnya tuan rumah dimaklumkan oleh jiran tetangga mengenai satu bau busuk yang datangnya dari rumah sewanya. Dia yang ingin memeriksa keadaan sebenar telah pergi ke rumah berkenaan tetapi malangnya pintu rumah tersebut berkunci dari dalam.

Tuan rumah yang tidak berjaya membuka pintu berkenaan telah menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar untuk mendapatkan bantuan.

Kes diserahkan kepada polis

Pihak bomba bersama-sama sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan berkenaan.

Menurut Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan Ishak Kassim berkata, seramai 8 orang anggota bomba telah menggunakan pemotong untuk memecahkan kunci pintu berkenaan.

Selepas berjaya dibuka, terdapat satu mayat yang telah reput.

Tambahnya lagi, setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai mangsa yang diperolehi. Kes ini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×