berita

Misteri Kehilangan 8 Bulan Terjawab, Identiti Rangka Dalam Tangki Felda Palong Dikenalpasti

July 4th, 2019 | by faris
Kini Trending

Penduduk Felda Palong 12 di Jempol gempar apabila satu rangka mayat ditemui dalam tangki air milik Syarikat Air Negeri Sembilan oleh staf yang melakukan pemeriksaan di tangki berkenaan.

Setelah 4 bulan, polis mengesahkan identiti sebenar mayat terbabit yang telah dilaporkan hilang sejak 8 bulan lalu!

Ujian DNA ambil masa

Polis mengesahkan rangka terbabit yang ditemukan pada 25 Mac lalu merupakan milik penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub, Pahang, Muhammad Aiman Hakim Mat Ani.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim dalam kenyataannya kepada Harian Metro berkata, pengesahan itu dibuat berdasarkan ujian asid deosiribonukleik (DNA) yang dilakukan terhadap rangka itu.

Keputusan ini sudah dimaklumkan kepada keluarga mangsa. Ujian DNA memerlukan masa berikutan rangka yang ditemui dalam keadaan tidak sempurna selain dipercayai sudah berada lama dalam tangki air.

Ditemukan pekerja pantau paras air

Mac lalu, media melaporkan polis menerima laporan daripada pekerja SAINS yang melakukan pemantauan paras air sebelum menemui objek seperti mayat terapung dalam tangki air berkenaan.

Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis bersama bomba ke lokasi. Anggota bomba memasuki tangki air itu dan berjaya mengeluarkan bahagian pinggang ke bawah pada 1.40 tengah hari. Usaha mencari anggota badan lain diteruskan dan mengeluarkan beberapa cebisan daging pada 2 petang.

Seterusnya operasi dihentikan bagi tujuan pembuangan air dalam tangki berkenaan dan beberapa bahagian lain seperti tengkorak, rahang serta tulang ditemui 6.10 petang.

Hilang sejak Julai tahun lalu

Menurut abang kepada arwah, Afiq, adiknya mula hilang sejak 9 Julai, tahun lalu.

Katanya lagi  kehilangan adiknya itu dikesan pada 3 petang selepas keluar dari rumah di Jalan Keratong Indah 16, Desa Keratong Indah, Bandar Tun Razak, Pahang dengan menunggang motosikal Modenas MR1, sendirian.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×