berita

Misteri Kehilangan Terjawab, Remaja Malaysia Disahkan Meninggal Dunia Serangan Masjid Christchurch

March 21st, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Misteri kehilangan mangsa serangan masjid Christchurch Jumaat lalu, Mohd Haziq Mohd Tarmizi akhirnya terjawab apabila dia disahkan meninggal dalam tragedi itu.

Kesahihan berita berkenaan dibuat Exco Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Pooh, pada 11.20 malam tadi.

Terima maklumat meninggal dunia

Berita menyedihkan itu dibuat oleh Boon Poh menerusi aplikasi Whatsapp kepada pihak media malam tadi.

Kedutaan Malaysia sudah terima maklumat bahawa Haziq sudah meninggal dunia.

Harian Metro difahamkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof akan bertolak ke Christchurch, bagi mewakili kerajaan untuk menyertai solat jenazah dan khutbah Jumaat di negara itu.

Didaftarkan sebagai orang hilang

Sebelum ini, media melaporkan Haziq masih belum ditemui selepas kejadian pada Jumaat lalu. Remaja berkenaan didaftarkan sebagai ‘missing person (orang hilang) atas persetujuan keluarga.

Bapa Mohd Haziq, Mohd Tarmizi Shuib, dari Alor Setar, Kedah antara warga Malaysia yang cedera dalam kejadian tembakan di Masjid Al Noor, Christchurch itu. Adik Mohd Haziq, Haris, berjaya menyelamatkan diri dengan berlari dan melompat pagar masjid bagi meminta bantuan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×