berita

Misteri Kehilangan Terungkai, Mayat Jururawat Ditemui Dengan Kesan Kelar Dipercayai Dibunuh

May 16th, 2019 | by faris
Kini Trending

Polis sebelum ini menyiasat misteri kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, yang dilaporkan hilang pada Rabu minggu lalu sebagai kes orang hilang.

Terbaru, akhbar Kosmo! melaporkan kehilangan wanita itu terungkai dengan penemuan mayatnya di sebuah rumah di Cyberjaya.

Nak balik kampung cat rumah

Harian Metro melaporkan mayat ditemui pemilik rumah itu selepas dia datang ke kediaman terbabit untuk melakukan pemeriksaan apabila penyewanya gagal dihubungi sejak seminggu lalu.

Mayat itu ditemui dalam keadaan reput dipercayai sudah meninggal dunia sejak seminggu lalu selain terdapat kesan kelar pada leher mangsa.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan pihak sudah menerima laporan berkenaan penemuan mayat itu.

Kami menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat wanita itu, petang semalam. Siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa sama ada mempunyai kaitan dengan jururawat yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Mayat wanita itu ditemui semalam dan dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Media melaporkan mangsa menghubungi suami dan anaknya buat kali terakhir mengatakan niat untuk balik kampung bagi mengecat rumah menyambut Aidilfitri.

Menurut adik Kharina, Siti Khairani, keluarganya tidak menyangka itu adalah perbualan terakhir kakaknya bersama suami serta anaknya.

Tidak masuk kerja pada Khamis

Tambah adiknya lagi, dia mengetahui berita kehilangan kakaknya itu setelah dimaklumkan pihak hospital yang tidak datang kerja pada Khamis minggu lalu dan tidak berjaya dihubungi.

Saya dan keluarga mengetahui kehilangan kakak sulung saya itu selepas mendapat panggilan daripada pihak pe­ngurusan Hospital Serdang pada 9 Mei lalu selepas mangsa yang sepatutnya be­kerja pada pukul 9 malam tidak hadir selain dia gagal dihubungi.

Pihak hospital pula menghubungi saya pada 10 Mei bagi memaklumkan kejadian itu sebelum saya bersama ahli keluarga yang lain berusaha untuk mencarinya.

Sumber: Harian MetroKosmo!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×