Setelah bersiaran selama 12 episod di TV9, drama ‘Seram Tak Seram’ akhirnya bakal menemui penonton dengan episod akhir malam ini.
Diterbitkan oleh Nafalia Corporation, drama ‘Seram Tak Seram‘ ini merupakan sebuah drama komedi seram yang menceritakan tentang kisah koleksi barangan antik yang dijual oleh seorang pemilik kedai bernama Sheikh Tahlul lakonan Jiggy Masin.
Episod terakhir
Seperti episod terdahulu, drama ini menyaksikan Sheikh Tahlul menjual semua barang antik miliknya kepada para pembeli. Lebih seram, setiap barangan tersebut mempunyai kisah misteri yang tersendiri. Antara barangan antik yang dijual oleh Sheikh Tahlul ialah kereta, lampu suluh, telefon, radio, topeng, pedang, anak patung dan cincin. Untuk episod terakhir malam ini, korang rasa barang antik apakah yang akan dijual oleh Sheikh Tahlul kepada pembeli?
Selain Jiggy Masin sebagai watak utama, beberapa orang pelakon undangan seperti Adam Correy, Joey Daud, Afifah Nasir, Acong Sweetchild, Zarina Zainoordin, Wans Ahmad, Ebby Yus, Zarul Umbrella dan Liza Abdullah turut menghiasi drama ‘Seram Tak Seram’ ini.
Antara episod menarik yang sudah ditayangkan
https://www.youtube.com/watch?v=oIoV_EPn8kg
Telah mula bersiaran pada 24 Jun lalu, episod pertama drama bersiri ini mengisahkan Ah Meng yang bekerja sebagai seorang pembeli dan penjual kereta antik. Dia ingin membeli sebuah kereta antik daripada Kamil tetapi Kamil berat hati untuk menjualnya. Pelbagai cara Ah Meng lakukan untuk mendapatkan kereta tersebut kerana ada sesuatu yang misteri tentang kereta tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=93rOFKd6PiQ
Untuk korang yang tidak sempat menonton episod-episod sebelum ini, korang boleh layan drama ‘Seram Tak Seram’ di Youtube TV9 Malaysia. Paling penting! korang jangan terlepas tonton episod akhir malam ini pukul 9.30 malam hanya di Tv9.