berita

Mitos Ke Legit? – Ini 5 Fakta Pasal Makeup Yang Korang Kena Tahu!

December 6th, 2018 | by Farah Adibah
Kini Trendy

Admin nak tanya korang pernah tak dengar mitos macam, “jangan mandi malam nanti paru-paru berair tu”? Tapi ada doktor yang menyatakan ianya tak benar.

Dalam makeup pun ada mitos yang tak betul tau. Jadi, sebelum nak percaya mitos yang korang dengar dari member korang tu, buat research dulu. Min nak share dengan korang 5 mitos yang korang biasa dengar.

1. Petroleum jelly boleh melentikkan bulu mata

Mesti ada sesetengah dari korang pernah dengar kononnya petroleum jelly ni boleh buat bulu mata kita lentik. Sebenarnya petroleum jelly ni tak membantu pun dalam pertumbuhan bulu mata kita.

Cuba korang buat research, petroleum jelly ni fungsinya untuk melembap kan bibir atau kulit yang kering je. Jadiiii tak payah gigih sangat calit petroleum jelly kat bulu mata korang!

2. Arang boleh digunakan untuk lukis kening

Okay guys, baru ni ada mitos viral dekat Thailand. Mitos apa? Mitos yang menyatakan kita boleh lukis kening menggunakan arang. Bagi admin korang jangan lah amalkan mitos ni.

Sebab arang kan berdebu, min takut kalau siapa yang kulit sensitif akan ada masalah pada kulit korang. Lagi pun arang ni takkan bagi kita kening on fleek macam yang kita nak.

3. Berus gigi boleh lembutkan bibir. Mitos ke?!

Ha! Yang ni pun mesti ramai orang selalu buat kan? Kononnya nak buang kulit kering dekat bibir. Tapi kalau korang nak tahu, berus gigi tak buang pun kulit kering kat bibir tu.

Berus gigi ni kasar dan boleh menyebabkan bibir kita luka. Daripada nak dapat kulit bibir yang lembut, terus jadi tak syantikk. Min rasa korang amalkan je lip scrub kalau nak bibir yang lembut dan sihat.

4. Kegunaan moisturizer sama je dengan primer 

Sebenarnya moisturizer dengan primer ni fungsi dia berbeza. Moisturizer fungsinya melembapkan dan memberi khasiat kepada kulit.

Primer pulak untuk mengekalkan struktur makeup sepanjang hari. Jadi moisturizer memang tak sesuai digunakan sebagai primer ye girlssss!

5. Tona warna pensel kena sama dengan warna kening asal

Untuk mitos ni min tak berapa nak setuju. Sebabnya ada sesetengah yang guna eyebrow pencil mengikut warna asal kening diorang nampak helok je.

Tapi, bagi admin kalau korang jenis yang tak reti nak control kepekatan warna eyebrow pencil tu, tak digalakkan beli warna asal kening. Beli warna medium chocolate atau dark chocolate. Confirm lepasni korang power!

Ni lah 5 mitos yang min pernah dengar dalam makeup. Jadi korang kalau terdengar apa-apa mitos, pastikan buat research dulu tau sebelum percaya.

The following two tabs change content below.