berita

Mitsui Outlet Park Tawar Hadiah Menarik & Diskaun Barangan Berjenama Sehingga 90% Untuk Raya

May 31st, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Pejam celik, pejam celik, dah nak habis puasa. Korang sedar tak? Tinggal beberapa hari je lagi, kita akan sambut Aidilfitri tau. Persiapan raya korang macam mana? Semua dah cukup ke atau ada yang korang nak tambah lagi? Hehe.

Sekarang korang mesti tengah busy shopping barang raya kan? Alang-alang nak shopping tu, admin nak ajak korang shopping barang raya kat satu tempat ni. Ada promosi gempak sempena raya untuk barangan berjenama beb. Kat mana tu? Sini haa..

Promosi gempak sempena Hari Raya Special di Mitsui Outlet Park. Jom!

Guys, dengar ni! Admin nak bagitahu satu berita menarik kat korang. Sebenarnya ramai yang dah mula serbu Mitsui Outlet Park sekarang. Kenapa? Sebab kat situ ada promosi menarik sempena Hari Raya Special sehingga 9 Jun 2019. Mesti banyak sale!

Ramai yang cakap kalau nak cari barangan berjenama, kat Mitsui Outlet Park la yang best. Banyak pilihan! Antaranya Carlo Rino, Sembonia, Kickers, BVO, Beauty Scents, Kronos, Chaps, Versace, Everlast, Under Armour dan lain-lain. Fuh, rambang mata!

So, apa promosi istimewa yang ada sewaktu Hari Raya Special di Mitsui Outlet Park? Tengok kat bawah. Confirm  terkejut.

Diskaun barangan berjenama sehingga 90%, biar betul?

Benda apa paling best kalau ada sale? Mesti la diskaun berganda! Korang boleh dapatkan barangan berjenama dengan diskaun sehingga 90% di Mitsui Outlet Park sempena Hari Raya Special. Boleh borong puas-puas. Meletop raya korang kali ni. Syoknya!

Admin bagi korang usha sikit kedai-kedai di Mitsui Outlet Park yang buat promosi ni. Meh tengok kat bawah. Korang boleh cari handbag, minyak wangi, kasut, baju, macam-macam la. Serius berbaloi.

Banyak lagi sebenarnya. Kalau nak tahu, kena la datang ke Mitsui Outlet Park okay? Jangan lupa ajak family  dan member  korang sekali tau. Bagitahu kat diorang, shopping  banyak-banyak kat Mitsui Outlet Park, ada peluang menang motosikal jugak wei!

Join peraduan Spend & Win, berpeluang menang hadiah motosikal jenama baru!

Bukan setakat dapat beli barangan berjenama dengan lebih murah, korang jugak boleh join contest tau. Caranya senang je. Korang hanya perlu berbelanja minimum RM300 dalam maksimum 2 resit di Mitsui Outlet Park. Hadiah berupa motosikal jenama Vespa atau Honda Beat terbaru wei! Siapa tak onz  kan?

Sebanyak 3 motosikal jenama Vespa dan 9 motosikal jenama Honda Beat untuk anda rebut. Bergaya sakan la raya ni. Bayangkan raya tahun ni korang pakai barangan berjenama. Lepas tu, dapat pulak bawak motosikal Vespa atau Honda Beat terbaru ni. Seronok la keluar beraya dengan kawan-kawan nanti. Diorang mesti jealous.

Pusing Garapon, hadiah utama ialah percutian ke Jepun!

Korang boleh jugak join contest istimewa yang bermula 1 hingga 9 Jun 2019 ni. Dengan berbelanja minimum RM300 dalam maksimum 2 resit di Mitsui Outlet Park, korang boleh pusing Garapon untuk menang hadiah. Hadiah utama ialah percutian ke Jepun tau. Hebat gila!

Dah la dapat diskaun barangan berjenama, peluang menang hadiah menarik pun ada. Memang senyum sampai ke telinga la. Yay!

Ni ada aktiviti menarik untuk korang join  sewaktu cuti sekolah

Cuti sekolah tak tahu nak buat apa? Meh sertai aktiviti yang Mitsui Outlet Park sewaktu cuti sekolah ni. Hanya perlu berbelanja minimum RM100 dalam satu resit, dah boleh join  aktiviti-aktiviti tersebut. Haa, aktiviti ni terhad kepada 100 pelanggan pertama sehari tau. Siapa cepat, dia dapat!

Beli banyak-banyak boleh dapat cash back, serius berbaloi

Selain tu, dengan berbelanja minimum RM200 dalam maksimum 2 resit di Mitsui Outlet Park, korang boleh tebus baucar hadiah untuk pembayaran seterusnya. Berapa yang korang akan dapat bergantung kepada berapa yang korang belanjakan. Boleh tengok pada poster yang tertera di atas okay?

Untuk info lebih lanjut tentang promosi yang ada, boleh klik sini. Jangan lupa like  dan follow Facebook Page Mitsui Outlet Park KLIA Sepang kat bawah ni okay?

Jom ramai-ramai kita shopping  untuk raya kat Mitsui Outlet Park. Barangan branded  tu. Fuh! Kerlasss raya korang kali ni.

SKIP THIS AD ×