berita

“Mizz Demeanor” Tonjolkan Gaya Sebenar Mizz Nina

August 2nd, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Penyanyi pop terkenal, Mizz Nina telah memperkenalkan koleksi jenama pakaiannya sendiri yang dikenali sebagai Mizz Demeanor. Bagi koleksi tahun 2011 yang lalu, beliau telah menonjolkan pelbagai jenis pakaian wanita seperti hoodies, sweater, dan jaket daripada pelabagai warna dan corak yang mewujudkan personaliti serta gaya Mizz Nina sendiri.

Koleksi hoodies lengan panjang yang ditampilkan oleh Mizz Nina adalah untuk mengetengahkan beberapa ciri unik dan menarik dengan padanan reka bentuk logo Mizz Nina yang dilihat pada lapisan dalaman pakaian, serta gabungan rona kontras yang dipadankan pada lengan baju dan juga tali pinggang.

Menurut Mizz Nina, kesemua koleksi yang ditampilkan olehnya adalah lebih menonjolkan gaya pop dan beliau turut mementingkan keselesaan si pemakai. Disamping itu, setiap koleksi pakaian yang ditampilkan olehnya adalah terhad dan harganya juga berpatutan iaitu antara RM50 hingga RM120. Mizz Nina tidak mahu menjadikan jenama pakaiannya sebagai jenama mewah, kerana beliau ingin semua peminatnya dan pencinta fesyen mampu memiliki pakaian jenama Mizz Demeanor.

Selain itu,  Mizz  Nina turut merancang untuk memeperluaskan lagi jenama Mizz Demeanor ke seluruh semenanjung Malaysia termasuklah Singapura. Koleksi Mizz Nina boleh didapati di beberapa pusat membeli belah seperti Liberte di Suria KLCC, Amcorp Mall dan juga Sunway Pyramid. Selain itu ia juga boleh didapati menerusi online di website Mizz Demeanor sendiri.

SKIP THIS AD ×