berita

Mizz Nina Berhak Tentukan Hak Lawatan Musa Pada Noh, Peguam Jelas Sebab Kes Ditarik

February 11th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Mizz Nina

Aktivis kemanusiaan, Mizz Nina berhak untuk menentukan hak lawatan anak angkatnya, Musa kepada bekas suami iaitu penyanyi Noh Salleh.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Dibayar’ – Ibu Kandung Musa

Artikel Berkaitan: Athira Dakwa Noh Salleh ‘Kaki Putar’, Kuat Manipulasi – ‘Apa Dia Cakap Semua Tak Betul’

Hak pada Mizz Nina

Mizz Nina

Menurut peguam yang mewakili Mizz Nina iaitu Mahmud Jumaat, hal ini kerana pemilik nama lengkap Shazrina Azman, 44, merupakan penjaga tunggal Musa.

Bagaimanapun kata Mahmud, vokalis kumpulan Hujan itu masih boleh menuntut hak dengan membuat permohonan hak lawatan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Memandangkan Mizz Nina merupakan penanggung tunggal yang sah, dia berhak untuk memutuskan samada wajar atau tidak hak lawatan diberikan kepada pihak Noh selepas apa yang berlaku.

Berkaitan isu dokumen atau kebenaran daripada pihak ibu tunggal yang dikatakan memberikan hak jagaan kepada pihak Noh bukan lagi menjadi satu pertikaian memandangkan perkara ini telah diselesaikan di Jabatan Pendaftaran Negara dengan pendaftaran Mizz Nina sebagai penjaga angkat tunggal.

Pihak Noh masih boleh menuntut hak dengan membuat permohonan hak lawatan ke Mahkamah Tinggi Syariah dengan mengemukakan segala bukti sepertimana yang dibangkitkan untuk dibuktikan di Mahkamah Tinggi Syariah.

Mahmud berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Mahmud menjelaskan tindakan Mizz Nina menarik semula kes disebabkan namanya telah didaftarkan sebagai penjaga tunggal de-facto bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 di Jabatan Pendaftaran Negara.

Memandangkan Mizz Nina telah bercerai dengan pihak Noh tidak sampai dua tahun tempoh menjaga Musa, disebalik mendapatkan kebenaran sepenuhnya oleh ibu kandung, dia juga merupakan penjaga tunggal yang menjaga Musa secara berterusan secara penuh sepanjang tempoh 2 tahun.

Oleh demikian Mizz Nina telah didaftarkan sebagai penjaga tunggal de-facto bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 di Jabatan Pendaftaran Negara.

Dengan pendaftaran tersebut yang disempurnakan pada 2 Februari lepas, isu atau pertikaian berkaitan siapa yang berhak untuk menjaga Musa tidak lagi berbangkit sekaligus permohonan hadhanah di Mahkamah Tinggi Syariah tidak lagi menjadi keperluan untuk diputusan oleh Hakim yang bijaksana.

Oleh disebabkan perkara inilah, pihak Miss Nina menarik balik permohonan tersebut.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×