berita

MK K-Clique Dah Berpunya? Guna Panggilan ‘Sayang’, Peminat Wanita Patah Hati

April 25th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi dan pelakon MK K-Clique sekali lagi mencuri tumpuan wargamaya selepas berkongsi foto ‘sweet’ dengan seorang wanita yang dikenali Hajaar Siti.

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Masih Solo, Ibu Tak Pernah Suruh Kahwin Cepat – ‘Saya Dalam Proses Memperbaiki Diri’

Terima kasih masih sabar

Menerusi Instagram (IG), MK, 26, memuat naik beberapa momen yang menyentak hati ramai peminat terutama wanita.

Dalam hantaran tersebut, pemilik nama Muhammad Hairi Amin Hamdan menulis kapsyen ‘berbunga’ buat wanita istimewa itu. Dengan menggunakan panggilan ‘sayang’, MK menghargai kesabaran gadis itu di samping meluahkan rasa cinta.

Minta maaf atas semua sayang. Terima kasih sebab masih sabar dengan saya. Saya sayang awak!

Ramai ‘broken heart’

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat cemburu dan kecewa selepas melihat foto mesra tersebut.

Ada juga yang berpendapat ini adalah waktu tepat untuk ‘move on.’

Sebelum ini, OhBulan! pernah menemu bual bertanya sama ada pelakon drama The Hotel sudah berpunya. Bagaimanapun, dia berkata dirinya masih solo dan tidak tergesa untuk mendirikan rumah tangga.

Sumber: Instagram @hairiwhuut

SKIP THIS AD ×