berita

MK K-Clique Selesa Lihat Isteri Pakai Jubah Pergi ‘Event’ – ‘Akaun Dosa Masuk Pada Saya’

September 4th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

MK K-Clique

Penampilan isteri kepada penyanyi rap, MK K-Clique iaitu Siti Hajaar yang dilihat sering mengenakan jubah jenis abaya dalam setiap acara yang dihadiri telah menyorot perhatian orang ramai.

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Pertama Kali Berjauhan Dengan Isteri, Kirim Selfie Dari Singapura – ‘Pergi Mencari Rezeki’

Artikel Berkaitan: MK K-Clique & Siti Hajaar Minta Maaf Tak Pakai ‘Seat Belt’ – ‘Semoga Video Saya Itu Beri Pengajaran’

Tanggungjawab sebagai suami

MK K-Clique

Menurut MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, dia tidak pernah memaksa isterinya untuk mengenakan abaya ketika menghadiri mana-mana acara.

Bagaimanapun, kata MK ia adalah persetujuan bersama dan akui bersyukur melihat penampilan isteri tercinta.

Isteri saya sering pakai Abaya itu atas persetujuan bersama. Dia memang suka pakai Abaya dan saya sendiri syorkan perkara itu.

Saya minta dia pakai begitu dah dia setuju untuk pakai Abaya. Saya tak pernah paksa dia pakai Abaya bila hadir ke acara.

Saya sangat bersyukur melihat penampilan dia pakai Abaya ke mana-mana acara dia pergi. Asalkan dia selesa dan saya juga selesa melihatnya, sudah bersyukur.

Mungkin akan ada juga nanti orang yang pertikaikan kenapa pakai Abaya sahaja.

Pada saya, asalkan baju itu bersesuaian dengan acara yang dihadiri serta situasi ketika itu. Takkan nak pergi naik gunung pun pakai Abaya kan.

MK berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records Most Straight A’s SPM Student In Tuition Centre anjuran PTTI yang berlangsung di IDCC Shah Alam, pada Sabtu.

Ketika disoal adakah dia menitikberatkan soal penampilan isteri, MK menjawab itu sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Saya perlu jaga soal pakaian isteri saya, itu sudah menjadi tanggungjawab saya. Sebab akaun dosa akan masuk pada saya. Jadi perlu untuk saya jaga soal pemakaian isteri.

Untuk rekod, MK dan Siti Hajaar selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor, pada 16 Jun lalu.

SKIP THIS AD ×