berita

Model Umur 8 Tahun Kahwin ‘Olok-Olok’ Dengan Influencer 13 Tahun Demi ‘Content’ Media Sosial

March 20th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Perkahwinan antara model kanak-kanak, Mila Maxanets yang berumur 8 tahun dan ‘influencer’ Pavel Pai  berumur 13 tahun telah mencetuskan kemarahan netizen di Ukraine. Percintaan Mila dan Pavel dikatakan telah mendapat sokongan daripada kedua ibu bapa mereka.

Cetus provokasi

Cerita remaja ini telah menjadi bualan ramai sehingga mendapat liputan media antarabangsa. Menurut laporan  ibu bapa kedua-duanya mencadangkan mereka untuk duduk serumah.

Walau bagaimanapun, selepas  menyatakan status ‘relationship’ mereka dan memuat naik pelbagai gambar bersama, netizen telah meminta supaya akaun media sosial kanak-kanak terbabit disekat kerana bimbang ‘trend’ ini mempengaruhi remaja lain dan menjadi ikutan.

Ada laporan lain mendakwa pasangan itu sebenarnya bekerjasama untuk menghasilkan kandungan bagi paparan di akaun media sosial mereka.

Disoal siasat oleh polis

Ibu bapa kanak-kanak terbabit di kritik teruk kerana membenarkan tingkah laku anak mereka sehingga melampaui batas. Ibu kepada Mila telah disoal siasat oleh pihak polis berkenaan gambar yang tular di media sosial dan pihak pendakwaan telah membuka kertas siasatan atas tuduhan penyebaran video atau gambar pornografi.

Jika sabit kesalahan, ibunya bakal berdepan hukuman penjara kerana memalsukan perkahwinan.

Kedua ibu bapa kanak-kanak terbabit mengatakan yang mereka tidak ada sebarang masalah dengan aturan hidup baru serta menolak dakwaan yang mereka telah menggunakan anak mereka untuk kepentingan mereka sendiri.

Ayah Mila juga turut memberi komen mengenai insiden yang berlaku dan meluahkan rasa marah terhadap bekas isterinya. Tambah ayahnya lagi, ibu Mila hanya menggunakan anaknya itu sebagai sumber pendapatan sejak mereka berpisah 2 tahun lalu.

Sumber : news.com.au

SKIP THIS AD ×