berita

Moden & Estetik, Ini Koleksi Perkakas Dapur BRUNO ‘Hadiah’ Buat Suri Rumah

May 8th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Memiliki peralatan dapur yang moden dan canggih merupakan impian setiap wanita terutamanya suri rumah. Tak dinafikan, peralatan tersebut merupakan satu keperluan bagi meringankan beban mereka dalam penyediaan makan minum buat seisi keluarga.

Untuk memudahkan serta menjimatkan masa kerja harian di dapur, setiap suri rumah perlu membuat pilihan bijak dengan memiliki koleksi daripada BRUNO.

BRUNO jenama terkenal Jepun

BRUNO merupakan jenama terbaharu dari Jepun yang sangat terkenal dengan pengeluaran barangan dapur yang ringkas tetapi mampu membuatkan masakan anda ke tahap yang sangat luar biasa.

Koleksi BRUNO mengetengahkan nilai estetik dan vintage bagi setiap reka bentuk produk termasuklah dari segi pemilihan warna yang menarik dan sesuai dipadankan dengan ruangan dapur moden di rumah anda.

Multicooker Hotplate

Multicooker Hotplate atau plat panas pelbagai guna dari jenama terkenal ini menggunakan tetapan kawalan haba yang boleh ditukar dengan mudah. Hanya perlu slide dan dail sahaja, sangat mudah! Bukan itu sahaja, reka bentuknya juga sangat stylish, retro dan estetik. Saiz plat panas yang padat ini boleh digunakan sebagai alat masakan harian atau majlis kecil-kecilan untuk tiga tetamu.

Apa yang menariknya, plat panas ini terdapat dua saiz iaitu Compact dan Grande serta didatangi dengan enam pilihan warna iaitu Merah, Putih, Biru, Kelabu, Cardamom Green, Russian Pink dan Pink Beige. Setiap pembelian akan turut didatangi pinggan rata dan alat takoyaki sahaja sebaliknya alat tambahan lain dijual secara berasingan.

Harga bermula RM599. Untuk sebarang pembelian atau maklumat terperinci boleh layari laman sesawang berikut https://bruno.my/collections/compact-hotplate

Steam & Bake Toaster

Bukan itu sahaja, BRUNO juga mengeluarkan pembakar roti pelbagai guna di mana ianya juga berfungsi sebagai pengukus pastri. Jadi, jangan risau! Menu sarapan, makan tengah hari dan makan malam anda sudah pasti lazat dan menyelerakan.

Peralatan yang berperanan sebagai ‘pembantu dapur’ ini mempunyai tiga mod yang mampu menghasilkan pelbagai jenis masakan yang istimewa dan sempurna.

Steam & Bake Toaster mempunyai dua pilihan warna iaitu Greige dan Blue Grey. Harga pula bermula dari RM899. Berminat? Anda boleh layari https://bruno.my/collections/steam-bake-toaster

Grill Sand Maker

Kalau anda penggemar roti, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan peralatan membuat sandwic yang turut berfungsi sebagai pemanggang. Dengan gaya penekan panini, roti anda akan dipanaskan secara sekata pada kedua-dua bahagian yang akan menjadikan tekstur lebih rangup dan gebu.

Grill Sand Maker mempunyai dua varian iaitu Single dan Double serta dua pilihan warna, Merah dan Greige. Setiap pembelian akan didatangi dengan pinggan sandwic manakala alat tambahan dijual secara berasingan.

Harga pula bermula dari RM359. Jom beli di sini https://bruno.my/collections/grill-sand-maker

Platform lain untuk membeli BRUNO

Kesemua barangan di atas boleh dibeli secara terus di laman sesawang https://bruno.my, Official Stores atau di Lazada dan Shopee atau di kedai BRUNO di Mid Valley Megamall (LGC-33).

Untuk maklumat lanjut berhubung produk keluaran BRUNO yang lain serta ingin dapat tawaran hebat serta resepi boleh layari lawan sesawang rasmi BRUNO

Instagram: @BrunoMalaysia dan Facebook: BrunoMalaysiaOfficial

SKIP THIS AD ×