berita

Modern Home Fair di Mid Valley Tawarkan Harga Runtuh Kepada Pengunjung!

March 5th, 2018 | by Arini Saleh
Shout Out!

 

Rumah dah ada tapi barangan keperluan rumah pulak tak ada? Nak beli satu pun mahal apatah lagi nak beli borong. Lagi lah mahal kan? Haa, jangan stress dulu. Jom tengok apa ada kat Modern Home Fair ni. Macam ramai je orang serbu kat sini.

Dah nama pun Modern Home Fair mestilah ada macam-macam. Cakap je nak apa semua boleh dapat sekelip mata. Korang nak cari barangan kelengkapan rumah ke, produk kesihatan dan gaya hidup sihat ke semua ada kat sini. Tak payah pegi jauh-jauh sebab Modern Home Fair dah sediakan awal-awal segala kehendak korang.

Modern Home Fair tawarkan discount gila-gila!

Kalau dekat kedai lain kebanyakan pakejnya agak mahal. Tapi, dekat Modern Home Fair korang boleh dapat harga runtuh! Macam Antilux Shower Screen ni cuma RM 1,400 untuk Pakej A. Dah sangat murah lah tu untuk pakej yang serba lengkap macam ni. Pakej B pun tak kurang hebatnya. Wow! Home sales sungguh!

Harga murah bukan untuk barangan bilik mandi je. Ada banyak lagi tau. Antaranya ialah perabot, alatan kereta, pameran kereta dan barangan bayi. Ikan Koi pun diorang jual jugak. Haa, kan dah cakap tadi macam-macam ada. Masih tak percaya lagi ke? Psstt, saje la nak bagi tau Modern Home Fair ada 65% discounts tau!

Okay ni ada lagi ni. Barangan dari E-Kin Mart dan Senz. Cuba korang tengok betul-betul harganya lepas discounts. Memukaukan? Dapur dan oven boleh dapat RM 299 dan RM 198 je. Memang terlampau padu ni! Tak sabarnya nak borong barang!

Ni ada satu lagi promosi dari brand MIVA. Jelas terpampang promosinya kan? Tak terpikat lagi ke hati korang nak beli sofa dekat Modern Home Fair ni? Sangat berbaloi tau!

Semua bawah 1 bumbung di Modern Home Fair

Mesti ramai confuse tentang konsep Modern Home Fair ni. Maklumlah macam-macam ada kan. Pameran ni menempatkan semua jenis barangan keperluan kepada pengilang, pembekal, pemborong, pengedar dan juga penjual. Pameran ni jugak ditujukan kepada pemilik rumah dan pengunjung di Modern Home Fair.

Bukan tu je, Modern Home Fair adalah platform kepada pemaju hartanah tempatan dan antarabangsa, agen hartanah dan semua golongan yang terlibat dalam industri hartanah. So, dapatlah diorang pamerkan projek dan hartanah terkini dalam pasaran syarikat masing-masing. Padu beb! Boleh melabur saham terus kat sini.

Nak tau lagi apa ada kat Modern Home Fair?

Kalau ada duit berkepok-kepok tapi malas nak pergi bank boleh simpan dalam peti besi jenama Alphamax ni. Ada macam-macam bentuk dan macam-macam warna. Sangat trendy lah! Ada class gitew!

Ni pulak untuk dekorasi dalam bilik mandi. Rugi lah kalau bilik mandi luas tapi tak tau nak decorate macam mana. Apa kata jom cuci mata kat Modern Home Fair dan tengok produk-produk dari Antilux Shower Screen ni.

Haa, yang ni mesti ramai suka setiap kali ada pameran. Sofa, katil, tilam, kabinet dapur, perkakas dapur dan segala-galanya korang boleh dapat kat sini. Tiada syarat cuma harga murah dan berbaloi je! Macam-macam brand pulak tu. Toshiba, Electrolux, Mitsubishi, Robam, Hurom, KuvingsBaagus Curtain, dan macam-macam lagi la.

Shopping je pun tapi dapat bercuti?

Modern Home Fair bukan sekadar pameran biasa-biasa ye. Boleh pergi melancong tau! Kalau korang belanja RM 500 dan ke atas kat sini, korang berpeluang memiliki percutian yang bernilai dari RM 199. Apa lagi? Beli jangan tak beli. Yeayyy!

Bila Modern Home Fair ni ?

Modern Home Fair akan bermula pada 9 Mac 2018 hingga 11 Mac 2018 di Mid Valley Exhibition Centre. Jangan lupa datang awal sebab pameran ni akan beroperasi dari jam 10:30 pagi hingga 9:00 malam. Jom pakat serbu ramai-ramai!

Nak tahu lebih lanjut pasal Modern Home Fair ni korang boleh klik sini. Nak lebih details lagi korang boleh email onemodernhome@gmail dan korang jugak boleh call 017-237 9391 atau 012-2375122 untuk sebarang pertanyaan. 

https://www.facebook.com/modernhomefair/videos/1837879789579199/

 

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×