berita

Mohd (Mentor) Bebas Tuduhan Merogol Teman Wanita

February 20th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Mohd Mentor

Merujuk artikel bertajuk ‘Teman Wanita Dakwa Dirogol Juara Realiti TV‘ yang pernah OHBULAN! keluarkan sebelum ini, seorang suspek yang dikenali sebagai Mohd iaitu juara program Mentor musim ke empat telah di bebaskan daripada tuduhan berhubung kes berkenaan.

Dalam kenyataan lain, Mohd dikatakan bakal mengadakan sebuah sidang media bagi membersihkan semula namanya daripada tuduhan yang tidak berasas itu.

“Beliau berjanji, satu sidang media akan dibuat tidak lama lagi selepas segala-galanya selesai.

“Ini adalah kenyataan saya bagi pihak Mohd yang mahu menjelaskan agar semua pihak yang selama ini memandang serong kepadanya memahami masalah beliau, ” ujar salah seorang ahli keluarga Mohd.

Berikutan daripada insiden tersebut, Mohd bukan sahaja terpaksa menanggung malu, malah penyanyi ini turut dikatakan telah hilang mata pencarian dalam industri hiburan tempatan.

“Selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan, Mohd bukan sahaja terpaksa menanggung malu malah semua aktiviti pertunjukan pentasnya dibatalkan.

“Malah pelantikan dia juga sebagai ikon Kementerian Pengajian Tinggi turut terjejas.”

Sumber : mStar Online

SKIP THIS AD ×