berita

Molek FM Saluran Radio Terbaru Buat Warga Pantai Timur Bermula Januari 2022 – ‘Gu Pantai Timur’

December 31st, 2021 | by Zulaikha
Shout Out!

Media Prima Audio (MPA) menerusi satu kenyataan mengumumkan pembukaan stesen radio baharu di bawah naungannya iaitu Molek FM.

Molek FM: Gu Pantai Timur

Kalau korang nak tahu, Molek FM akan menjadi stesen radio yang akan memberikan hiburan dan pada masa yang sama meraikan komuniti Pantai Timur menerusi gaya hidup, warisan, dan tradisi setempat serta akan memutarkan muzik terbaik yang dikenali ramai.

Molek FM dengan tagline Gu Pantai Timur.

Saluran radio Molek FM menyasarkan pendengar berusia 18 tahun hingga 39 tahun bagi sasaran yang lebih luas.

Manakala lebih memberi fokus sasaran kepada pendengar berusia 24 tahun hingga 34 tahun yang akan memfokuskan pendengar di sebelah pantai timur iaitu mereka yang berada di negeri Kelantan dan Terengganu.

Bagi senarai penyampai dan content-content yang best daripada Molek FM nantikan sidang media yang bakal berlangsung pada 7 Januari nanti. Jadi tunggu apa lagi, korang jangan lepaskan peluang untuk dengarkan Molek FM menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu.

Bukan itu sahaja, kalau korang nak dapatkan latest update terkini Molek FM jangan lupa untuk terus follow di platfom Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube.

SKIP THIS AD ×