Sebagai individu yang inginkan anak namun belum mempunyai rezeki lagi, sudah tentu peluang menerima anak angkat tidak akan disia-siakan. Walaupun anak tersebut bukan lahir dari rahim sendiri, ia tetap menjadi tanggungjawab yang harus dijaga.
Menerusi Twitter Zati Zaini, wanita ini meluahkan rasa sedih apabila anak angkatnya terpaksa diserahkan semula kepada ibu kandungnya.
Dah jaga 5 tahun
Menurut Zati, dia tergerak hati untuk menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat sehingga sanggup mengeluarkan modal mengangkat sumpah sebagai penjaga yang rasmi. Tambahnya, walaupun usianya baru berusia 22 tahun, dia sanggup menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa muda dan memberi kasih sayang yang sepenuhnya buat kanak-kanak itu.
Namun begitu, ibu kandung kanak-kanak tersebut telah mendesaknya untuk meminta semula anak mereka. Meskipun berat hati dengan permintaan yang dilakukan, Zati tetap redha dan pasrah kerana ibu kandung kanak-kanak itu lebih berhak. Pada masa yang sama, Zati turut memberitahu bahawa dia pernah keguguran sebanyak 2 kali dan bersyukur kerana dikurniakan anak angkat walaupun ianya sementara.
Semoga ada rezeki lepas ni
Perkongsian Zati itu ternyata memperoleh pelbagai respon daripada netizen. Rata-ratanya memahami perasaannya dan terkilan dengan sikap ibu kandung anak yang diasuh oleh Zati itu.
Sumber: Zati Zaini