berita

Monday Music : Awi Rafael – Dewa, OST Filem Amukan Syaitan

April 8th, 2013 | by Ai
Video Popular

Awi Rafael

Sudah lama agaknya kami tidak menulis untuk segmen Monday Music, kan?

Disebalik kemeriahan ABPBH 2012 yang berlangsung semalam, kami tahu masih ramai lagi para pembaca OHBULAN! diluar sana yang masih belum habis melihat foto-foto selebriti yang hadir di majlis berprestij itu semalam.

Tapi apa kata sambil melihat foto selebriti kegemaran anda, anda dengarkan sekali lagu terbaru dari Awi Rafael yang berjudul ‘Dewa’? Lagu ini dicipta khas sebagai lagu tema bagi filem yang bakal ditayangkan pada 2 Mei nanti iaitu ‘Bisikan Syaitan’. Filem ini bakal dibintangi oleh pelakon seperti Fizz Fairuz dan juga Nabila Huda.

Ouh ya, sebelum terlupa, tahniah juga diucapkan pada Nabila Huda kerana berjaya merangkul trofi bagi kategori “Pelakon TV Wanita Popular”. Walau penuh kontroversi, tapi sentiasa menjadi pujaan peminat dihati.

Apa pun, mari dengarkan lagu ‘Dewa’ oleh Awi Rafael selepas ini ya!

SKIP THIS AD ×