berita

Monday Music : Fasha Sandha Muncul Dalam Video Klip ‘Kau Telah Pergi’ Nyanyian Farahdhiya

October 22nd, 2012 | by Ai
Video Popular

Farahdhiya Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Farahdhiya suatu ketika dahulu terkenal menerusi lagu ‘Bertakhta Di Hati,’ secara dasarnya merupakan salah seorang artis Rakaman MillenniumArt Sdn. Bhd. Selain Farahdhiya, terdapat juga beberapa artis terkenal yang bernaung di bawah syarikat rakaman ini seperti Francessca Peter, Farawahida dan juga Azharina.

Baru-baru ini Farahdhiya telah selesai merakamkan album terbarunya berjudul ‘Farahdhiya’ dan menerusi album tersebut penyanyi ini telah menampilkan 5 buah lagu yang berkonsepkan Pop Komersial.

Menerusi album tersebut, Farahdhiya telah menampilkan single terbarunya berjudul ‘Kau Telah Pergi,’ di mana lagu ini pernah dipilih menjadi OST bagi drama bersiri ‘Kemboja Putih’ yang ditayangkan di Slot Lagenda, TV3 tahun lalu.

Semalam, komposer terkenal Julfekar Ahmad Shah telah memuat naik video klip terbaru Farahdhiya yang berjudul ‘Kau Telah Pergi,’ menerusi laman YouTube dan video tersebut telah menampilkan aktres jelita Fasha Sandha sebagai peneraju utama.

Jom layan video klip terbaru Farahdhiya selepas ini. Semoga terhibur!