berita

Monday Music: ‘Kalau Aku Kaya’ Bak Kata Altimet & Awi Rafael

June 17th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-06-17 at 15.05.42

Ingat lagi tak sebelum ini Altimet ada meluahkan rasa tidak puas hati di Twitter gara-gara sebuah syarikat pengurusan muzik telah membocorkan lagu barunya di radio?

Menurut Altimet, lagu itu sepatutnya dikeluarkan selepas hari raya nanti. Namun begitu, beberapa hari yang lepas, stesen-stesen radio tempatan dah mula memainkan lagu terbaru Altimet bersama Awi Rafael yang berjudul ‘Kalau Aku Kaya’.

OHBULAN tak pasti sama ada ‘Kalau Aku Kaya’ adalah lagu yang dimaksudkan ataupun bukan. Tapi apa yang pasti, ramai peminat berpuas hati dengan susunan muzik dan gandingan menarik antara Altimet dan Awi sendiri.

Selain dari itu, video lirik yang dihasilkan untuk lagu ‘Kalau Aku Kaya’ juga mendapat sambutan hangat di YouTube. Walaupun baru dimuat naik lebih kurang empat hari yang lepas, namun video tersebut sudah mencecah lebih 33 ribu jumlah tontonan.

Screen Shot 2013-06-17 at 15.06.06

Antara babak yang dipaparkan

Secara umumnya, ‘Kalau Aku Kaya’ merupakan imaginasi Altimet dalam menzahirkan angan-angan seseorang yang mahu memiliki apa sahaja yang diingini.

Bagi OHBULAN!, lagu ini nampak ringkas dan liriknya bersahaja, namun kalau diperhatikan betul-betul ada banyak mesej terpendam yang cuba disampaikan.

Berikut kami sertakan video lirik ‘Kalau Aku Kaya’ untuk tontonan anda semua. Semoga terhibur.