berita

Monday Music : MV “Bila Seharusnya” Dilancarkan, Kolaborasi Goldfish & Blink Ft. Noh Salleh

July 9th, 2012 | by Ai
Video Popular

Setelah hampir setahun lagu “Bila Seharusnya” kolaborasi antara DJ tempatan, Goldfish & Blink bersama Noh Salleh dilancarkan, semalam, sebuah muzik video rasmi “Bila Seharusnya” telah pun dilancarkan di laman Youtube.

Video berdurasi 3.38 minit itu memaparkan visual penggambaran di sekitar Broga Hill, dan juga kedua-dua orang DJ, Goldfish & Blink. Apa yang pasti, buat para peminat Noh Salleh (Hujan), anda bolehlah menjadikan muzik video ini sebuah koleksi harian anda.

Jom tonton!