berita

Monday Music : Najwa Latif Lancar Video Klip Single Terbaru, “Kosong”

May 7th, 2012 | by M
Video Popular

Najwa Latif melalui akaun rasmi Youtube melancarkan video klip terbaru untuk single ke-3 berjudul, “Kosong” sekitar 3 hari lepas. OHBULAN HQ berpendapat lagu terbaru beliau ini boleh mengulangi kejayaan lagu “Cinta Muka Buku” yang mencapai jumlah 6.2 juta tontonan sehingga hari ini.

Mengapa kami kata begitu?

Rentak lagu yang easy listening serta mesejnya amat mudah difahami. Apabila diamati lirik lagunya, ada sedikit penceritaan dimana Najwa Latif cuba membuktikan kebolehannya walaupun sering dicaci atau dikritik. Mungkin, lagu ini ada sedikit kaitan dengan cabaran yang beliau lalui sejak bergelar sebagai anak seni.

Selain itu, susah sebenarnya nak melihat mimik muka Najwa Latif dalam keadaan sedih atau marah. Sepanjang kami bertemu dengan beliau, manjang senyum je. Jadi, jangan lepaskan peluang menonton video ini ya.

Apa pun, kami di OHBULAN HQ amat enjoy dengan kematangan lagu ini. Anda pula, bagaimana?

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.