berita

Monday Music : Voice Of Men Lancar Video Klip Pertama “Laungan Cinta”

April 22nd, 2013 | by Ai
Video Popular

Voice of Men

Baru-baru ini kumpulan Voice of Men baru sahaja melancarkan video klip terbaru mereka berjudul “Laungan Cinta.”

Secara umumnya, Voice of Men merupakan band baru yang ingin menapak dalam industri muzik tanahair dan mereka terdiri daripada lima orang anak muda iaitu Fathul, Yusmawira, Muhammad Luthfi, Mohd Arif serta Amirul Hakim.

Menurut Fathul, video klip “Laungan Cinta” ini merupakan percubaan pertama kumpulan mereka, dan berharap agar segala lagu-lagu mereka selepas ini akan dapat memberi pengajaran buat penonton, khususnya anak-anak muda sekarang.

Video klip ini merupakan single pertama kumpulan kami dan menerusi lagu tersebut kami ingin sampaikan meseg kepada orang ramai mengenai isu pembuangan bayi yang dilihat semakin serius dikalangan masyarakat kita.

Kalau boleh selepas ini kami ingin hasilkan lebih banyak lagu-lagu bergenra pop dan RnB, di mana kesemuanya akan mempunyai mesej dan pengajarannya yang tersendiri.

Untuk makluman, kumpulan ini mula mengorak langkah dalam industri nyanyian setelah menyertai pertandingan Battle of The Band untuk “Gegar U” dan pernah mewakili Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk ke peringkat akhir.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai kumpulan ini, sila ke laman rasmi atau Facebook Voice of Men sendiri.

Apa pun, jom layan video klip pertama “Laungan Cinta” dari kumpulan Voice of Men selepas ini. Semoga terhibur.

SKIP THIS AD ×