berita

Monday Music : Zizan Razak Buru KL Zombi!

July 15th, 2013 | by Ai
Filem Tempatan

Zizan Razak

Sempena kemunculan filem terbaru lakonan mantap Zizan Razak berjudul KL Zombi yang bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini, pihak produksi Grand Brilliance dengan bangganya telah melancarkan muzik video KL Zombi 2013! menerusi laman YouTube mereka semalam.

Filem KL Zombi ini merupakan adaptasi daripada sebuah novel berjudul Zombijaya, hasil karya asal penulis terkenal, Adib Zaini.

Secara umumnya, filem berkenaan menceritakan tentang penyebaran sebuah virus yang dikenali sebagai virus zombi, di mana ia bermula daripada gigitan seekor anjing yang bervirus dan akhirnya merebak keseluruh Malaysia.

Menerusi filem ini, pelawak dan pelakon terkenal Zizan Razak telah memegang watak sebagai Nipis, di mana dia merupakan seorang kaki teori konspirasi yang telah mencadangkan agar penduduk Malaysia berpindah ke Putrajaya. Ini kerana, Nipis percaya kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear yang difahamkan mampu melindungi penduduk Malaysia daripada terkena wabak zombi tersebut.

Izara Aishah

Izara Aishah turut melakonkan watak sebagai Zombi

KL Zombi

Sedutan lakonan Zizan menerusi filem KL Zombi

Adakah dengan berbuat demikian, Nipis dapat menyelamatkan seluruh penduduk Malaysia daripada serangan Zombi? Untuk ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk menyaksikan filem ini dipawagam berhampiran anda bermula Ogos depan.

Untuk makluman, filem tersebut turut dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat lain seperti Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani.

Sebelum menyaksikan filem KL Zombi dipawagam, apa kata anda layan dulu muzik video KL Zombi 2013 selepas ini. Enjoice!

SKIP THIS AD ×