berita

Movie Seram Yang Banyak Jumpscare, Ni 5 Sebab Kenapa Korang Kena Tengok Rasuk 2 Kat Pawagam

February 10th, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Ingat lagi dengan Filem RASUK pada tahun 2018? Adaptasi daripada novel terlaris Risa Saraswati, filem seram Indonesia ni raih lebih 900 ribu tontonan di pawagam. Lagi terkejut, tahun ni Blue Water Films dan Dee Company kembali dengan Filem RASUK 2 guys!

RASUK 2 sama ke dengan RASUK sebelum ni?

Ramai jugak yang tanya tapi jawapannya? TAK. Salah satu kelainan dalam Filem RASUK 2 ialah pelakon utama kali ni Nikita Willy. Kalau korang pernah tengok sinetron NIKITA yang pernah ditayangkan di Malaysia, mesti korang kenal dia kan?

Filem RASUK 2 ni cerita pasal apa?

RASUK 2, filem seram mengisahkan seorang pelajar perubatan dengan deria keenam.

Cuba bayangkan kalau korang ada deria keenam dalam hidup. Pergi mana-mana je nampak hantu. Hidup mesti rasa tak aman kan? Macam tu la yang korang akan rasa bila tengok Filem RASUK 2 ni. Seram gila wei.

Filem RASUK 2 mengisahkan seorang perempuan bernama Isabella, pelajar perubatan yang mempunyai deria keenam. Walaupun dia boleh nampak hantu, tapi dia berusaha buat tak tahu dengan kehadiran diorang. Eee!

Segalanya berubah apabila insiden di bilik bedah siasat terjadi. Ketika tu Isabella bersama kawan-kawannya, Nesya dan Alma membedah tubuh seorang wanita tanpa identiti. Mayat tu terus mengikut, menghantui, bahkan merasuki Isabella untuk minta tolong!

Sinopsis pun dah seram, mesti jalan cerita menarik ni. Nak tahu kenapa korang patut tengok Filem RASUK 2 kat pawagam? Ni sebabnya.

Banyak jumpscare yang akan buat korang menjerit!

Dah biasa dengan jumpscare dalam filem seram? Silap besar la kalau ingat Filem RASUK 2 ni sama dengan filem seram yang lain. Bukan setakat jumpscare dari penampakan hantu je, siap dengan iringan muzik yang mencengkam. Jumpscare bertubi-tubi!

Teka-teki yang buat korang berfikir sedalam-dalamnya.

 

Kalau tengok Filem RASUK 2, korang akan tertanya-tanya “macam mana boleh jadi macam tu?”. Setiap scene dalam filem ni seperti puzzle yang korang kena cantumkan. Filem ni bukan setakat buat korang takut, tapi buat korang berfikir jugak. Best tu.

Para cameo ternyata adalah kunci jawapan yang dicari.

Beberapa cameo dalam Filem RASUK 2 sebenarnya dah berikan jawapan untuk teka teki tadi. Jangan main teka sembarangan. Salah langkah, habis la. Nak tahu siapa dalang dalam filem ni? Kena tengok sendiri kat pawagam nanti. Hee Hee.

Scene yang jijik dan ngeri tapi nampak real!

Cakap pasal doktor bedah, memang tak lari dengan tubuh manusia dengan organ di dalamnya. Filem RASUK 2 memaparkan organ tubuh badan dalam scene bedah yang menjijikkan tapi nampak real. Kalau admin memang tutup mata je la.

Konflik misteri yang tegang dari awal sampai akhir

Konflik dalam Filem RASUK 2 akan terasa dari awal sampai akhir. Konfliknya datang sikit-sikit tapi tak over. Cukup la buat korang rasa tegang sepanjang filem ditonton. Senang cerita, filem ni memang penuh misteri. Eee!

Korang dah sedia untuk keRASUKan? Filem RASUK 2 akan mula ditayangkan di pawagam pada 27 Februari 2020. Nantikan eh!

Korang tengok la trailer penuh kat bawah ni. Seram oi. Jangan sampai terbaling popcorn kat orang sebelah..

Jangan lupa LIKE dan FOLLOW Facebook Page Antenna Entertainments untuk ketahui movie terkini ya!