berita

MRM Sedia Peruntukan RM500 Ribu Dana Bantuan Berniaga Buat Mereka Yang Terjejas

December 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Multiracial Reverted Muslims (MRM) mengumumkan bahawa mereka akan memberikan bantuan permulaan perniagaan kepada mereka yang terjejas punca pendapatan semasa pandemik Covid-19. Bantuan ini juga seiring dengan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan iaitu ‘Wilayah Bebas Berniaga’ bermula 15 November 2020.

Belanja hampir RM1 juta

Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac 2020, MRM telahpun membelanjakan hampir RM1 juta untuk memberikan bantuan asas kepada mereka yang terjejas selain menyokong ‘frontliners’ di hospital, polis serta APM.

Inisiatif Nadi Wilayah oleh MRM akan memulakan fasa pertama ambilan satu pada 1 Disember 2020. Sejumlah besar RM500 ribu jumlah dana bantuan telah diperuntukkan oleh pihak MRM melalui Nadi Wilayah bagi inisiatif ini. Peserta yang terpilih untuk menerima bantuan mula niaga juga akan menerima bantuan sara diri berbentuk barang keperluan dapur bernilai RM300 sebulan selama 6 bulan di samping peluang menjana jualan RM15 ribu hingga RM25 ribu sebulan dengan anggaran pendapatan antara RM1500 ke RM5000 sebulan. Nadi Wilayah juga menyasarkan untuk mewujudkan 100 usahawan dalam masa 6 bulan yang akan berniaga di zon Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dibuka untuk semua rakyat Malaysia

MRM melalui Nadi Wilayah akan memulakan pengambilan dengan menyediakan laman web www.nadiwilayah.my untuk permohonan atas talian. Pemohon hanya perlu mengisi maklumat peribadi dalam laman web ini dan seterusnya menunggu keputusan jika permohonan mereka berjaya.

Permohonan ini dibuka untuk semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas tanpa mengira agama dan bangsa. Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Disember ini. Sebarang maklumat lanjut dan borang pendaftaran atas talian boleh didapati di laman web www.nadiwilayah.my.

Sumber: Nadi Wilayah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×