berita

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Pendidikan RM4.3 Juta, Ikhlas Bantu Pelajar Kurang Mampu

February 16th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pempengaruh sensasi iaitu Ms Puiyi atau nama sebenar Siew Pui Yi menerusi akaun TikToknya telah menawarkan biasiswa pendidikan kepada pelajar yang memerlukan dengan jumlah keseluruhan AS$1,000,000 bersamaan RM4.3 juta.

Taja biasiswa RM4.3 Juta

Wanita cantik dari Malaysia ini merupakan seorang model, youtuber, usahawan selain dia dikenali dengan penampilan seksinya di laman sesawang OnlyFans.

Ms Puiyi memaklumkan biasiswa yang ditawarkan tersebut bertujuan untuk membantu pelajar yang tidak berkemampuan daripada segi kewangan untuk melanjutkan pelajaran.

Setiap pelajar akan diberikan geran AS$1,000 untuk meneruskan pelajaran dalam bidang yang mereka mahukan. Mereka juga akan mendapat akses untuk menerima geran pelajaran sepanjang proses pembelajaran dan turut diberikan geran perniagaan selepas tamat pelajaran.

M Pui Yi bantu pelajar kurang berkemampuan

Bercerita dengan lebih lanjut, Ms Pui Yi memberitahu bahawa dia sebelum ini bercita-cita untuk menjadi pakar bedah namun tidak kesampaian melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan kerana masalah kewangan.  Menurut Ms Pui Yi, dia dilahirkan dari keluarga yang kurang berkemampuan. Bukan itu sahaja, dia juga gagal mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sebaliknya hanya mampu menyambung dalam bidang perniagaan.

Dahulu, saya ingin menyambung pelajaran dalam bidang perubatan dan saya perlu bekerja setiap hari sehingga lewat malam. Saya perlu ke kolej dan bekerja sambilan sebagai model di pelbagai lokasi pada setiap minggu. Ada ketikanya saya tidak dapat tidur mencukupi dan tidak dapat makanan sepatutnya.

Akhirnya, saya tak dapat menyambung pelajaran dan menggapai cita-cita saya untuk menjadi pakar bedah disebabkan pelbagai faktor.

Oleh hal demikian, Ms Pui Yi ingin membawa perubahan dan berhasrat untuk menyumbang semula kepada masyarakat dengan menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

Sumber: Ms Pui Yi

SKIP THIS AD ×