Di Instagram, pengacara popular, Sherry Alhadad berkongsi sebuah foto berpegangan tangan dengan ‘seseorang’ ketika berada di Sabah, semalam. Foto tersebut ternyata mencuri tumpuan ramai sehingga ada yang berteka-teki mengenai siapa pemilik tangan tersebut?
Tangan sendiri je
Difahamkan, Sherry sedang menjalani sebuah penggambaran di Sabah bersama beberapa orang krew produksi tempatan. Semasa di Sabah, Sherry turut berkongsi beberapa Instagram Story dan memberitahu kepada para peminat bahawa dia akan menikmati makanan tradisional Kadazandusun iaitu ambuyat dan butod.
Di samping itu, Sherry turut memuat naik satu foto berpegangan tangan dengan seorang individu. Raut wajah Sherry yang kelihatan tersenyum itu membuatkan netizen tertanya-tanya siapakah individu yang berjaya memegang tangannya. Netizen turut mendakwa Sherry sedang mengenali seseorang sejak belakangan ini. Namun begitu, Sherry tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan yang diperkatakan oleh netizen. Sherry hanya menulis kapsyen ‘tangan sendiri je’ menerusi posting tersebut.
Lain macam
Selain netizen, rata-rata rakan selebriti seperti Elly Mazlein, Sharifah Shahirah, Zulin Aziz dan Catriona Brian Ross turut mengusik Sherry sebaik sahaja melihat foto tersebut. Apapun, mereka semua mendoakan yang terbaik buat Sherry.
Sumber: Sherry Al Hadad