berita

Muat Naik Foto Bersama Iman Troye & Berbalas Emoji ‘Love’, Peminat Naim Daniel ‘Frust’ Sampai Nak Unfollow IG?

April 8th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, penyanyi muda iaitu Naim Daniel pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan beberapa pelakon dan penyanyi baharu termasuklah pemilik nama Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali sebagai Iman Troye.

Meskipun begitu, Naim Daniel dan Iman Troye telah menafikan dakwaan tersebut dan mengakui bahawa mereka hanyalah seperti adik dan abang sahaja.

Wah siapa tu?

Terbaru, nama kedua-dua penyanyi muda ini sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas Naim Daniel memuatnaik satu gambar yang memperlihatkan sosok tubuh seorang lelaki dan wanita sedang berjalan beriringan. Meskipun tidak kelihatan wajah di sebalik gambar tersebut, tetapi berdasarkan cara pemakaian rata-rata netizen yakin itu adalah gambar Naim dan Iman. Hal ini kerana, Naim telah ‘tag’ nama akaun Instagram Imantroye di tangannya.

Tetapi apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah kapsyen yang ditulis oleh Naim iaitu emoji berbentuk hati berwarna putih. Tidak terhenti di situ, kebanyakan netizen mula ‘cemburu’ apabila melihat penyanyi lagu Teman itu telah meninggalkan emoji hati berwarna merah di ruangan komen Instagram Naim Daniel. Hal ini secara tidak langsung menguatkan lagi spekulasi bahawa kedua-dua penyanyi muda ini sedang ‘bermain cinta’. Walaupun begitu, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua penyanyi ini.

‘Brokennya’

Menjengah ke ruangan komen, ramai para peminat terutamanya dalam kalangan kaum hawa ‘patah hati’ melihat penyanyi kesayangan mereka ini sudah berpunya. Malah tidak kurang juga ada masih tertanya-tanya adakah benar Naim dan Iman sedang dilamun cinta atau hubungan mereka hanyalah sekadar rakan industri sahaja.

Sumber: Naim Daniel

SKIP THIS AD ×