berita

Muat Naik Foto Bersama Jejaka Kacak, Zulin Aziz Dah Nak Kahwin?

March 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Di Instagram, pelakon, Zulin Aziz memuat naik beberapa foto bersama seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya. Menerusi posting berkenaan juga, rata-rata netizen mendakwa Zulin bakal menamatkan zaman bujangnya dengan usahawan tesebut.

Doa yang baik-baik

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Zulin, dia memohon supaya netizen mendoakan yang terbaik buat dirinya. Rata-rata netizen dan rakan artis turut memberi respon mengenai posting tersebut. Mereka berharap Zulin dan pasangannya bakal menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @farhannorzaini

Menerusi tinjaun kami, lelaki tersebut dikenali sebagai Farhan Norzaini. Farhan turut kelihatan memuat naik satu video bersama Zulin ketika mereka sedang menjayakan satu sesi ‘photoshoot‘. Netizen turut mendakwa pasangan itu sedang melakukan photoshoot untuk pre-wedding mereka. Zulin juga telah meninggalkan emoji berbentuk ‘love’ di ruangan komen video yang dimuat naik Farhan.

Sebelum puasa majlis?

Sebelum puasa ni kot majlis. Boleh beraya sebagai suami isteri.

Bau nasi minyak la. Hint apakah ini?

Okay kakak restu.

Terdahulu, hasrat Zulin untuk naik ke pelamin tidak kesampaian apabila lelaki yang dikenalinya sebelum ini tiba-tiba menghilangkan diri. Meskipun segala persiapan majlis perkahwinan dipercayai sudah siap, Zulin akur bahawa Allah sebaik-baik perancang dan jodohnya bersama lelaki itu tidak panjang.

Sumber: Zulin Aziz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×