berita

Muat Naik Foto Dengan Oppa Kacak, Netizen Minta Shuhada Jaga Sikap- ‘Masih Dalam Idah, Elak Status Yang Nampak Bodoh’

March 16th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri telah memuat naik di Instagram satu fotonya dirinya bersama seorang lelaki. Tetapi apa yang menarik perhatian netizen adalah kapsyen yang ditulis oleh Shuhada.

Shu muat naik foto dengan lelaki

Menerusi kapsyen yang ditulis di Instagram, Shuhada atau lebih mesra dengan panggilan Shu berseloroh bertanya kepada dua anaknya iaitu Umar dan Humaira sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan jejaka tampan di sebelahnya.

Humairah, Umar okay tak yang ini? Dua orang dah mata bulat, lepas ni mata sepet.

Meskipun Shu sudah memberitahu bahawa dia hanya bergurau, namun ada segelintir netizen meminta wanita itu supaya menjaga tingkah laku dan maruahnya sebagai seorang wanita.

Menurut mereka, Shu masih dalam tempoh idah jadi, dia perlu membataskan pergaulan dengan lelaki yang bukan mahram. Tidak kurang juga, ada yang memuji kecantikan Shu lebih-lebih lagi selepas wajahnya disolek.

Difahamkan, lelaki dalam gambar tersebut merupakan salah seorang model yang terlibat dalam penggambaran bersama Shu.

Komen

Sumber: Shuhada Mat Shukri

SKIP THIS AD ×