berita

Muat Naik Foto Tayang Cincin Di Instagram, Harris Alif Lamar Intan Ladyana?

December 5th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Perkongsian foto memperlihatkan pengacara Harris Alif menunjukkan sebentuk cincin kepada seorang wanita yang dipercayai kekasihnya iaitu pelakon Intan Ladyana. Foto yang dikongsikan Harris Alif itu seolah memberi bayangan kepada fasa lamaran kepada teman istimewanya.

‘Semoga cinta kita mekar’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Foto yang dimuat naik dengan kapsyen ringkas, “Semoga cinta kita mekar selamanya” telah mengundang spekulasi sama ada pasangan kekasih ini sudah mengikat tali pertunangan dan bersedia untuk ke fasa seterusnya?

Rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah serta mendoakan agar pasangan ini dipermudahkan urusan ke jinjang pelamin.

Saya terima sahaja

Memetik laporan Harian Metro, Harris bagaimanapun enggan mengulas lanjut foto tersebut. Dia hanya meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Intan.

Maaf, buat masa ini saya tak mahu komen mengenainya. Bab sebegini saya serahkan kepada kuasa Allah, kalau ada jodoh saya, Insya-Allah adalah.

Saya terima sahaja, kita doakan sahaja perkara baik-baik. Kalau ada apa-apa perkembangan, sudah tentu saya akan maklumkan selepas ini.

Sumber: Harris Alif, Harian Metro

SKIP THIS AD ×