Kecoh sejak semalam apabila pelakon Fathia Latif bertindak menyindir Zahirah Macwilson dengan mengatakan wajah aktres itu seperti pembantu rumah atau ‘bibik’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Samakan Wajah Zahirah Macwilson Macam Amah, Fathia Latiff Tak Takut Disaman – ‘Bibik Dekat Hotel Lagi Lawa’
Artikel Berkaitan: Fathia Latiff ‘Back Up’ Uqasha Senrose, Selar Tindakan Rakan Mangsa Buli – ‘Jangan Sampai Awak Yang Kena..’
Gambar ‘bibik’
Terbaharu, Fathia atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff memuat naik foto dia dan Zahirah sewaktu mereka di zaman kanak-kanak.
Menerusi perkongsian itu, Fathia dilihat menyunting gambar mereka bersama dengan menggunakan ‘filter’ berwarna hitam dan putih.
Malah, aktres berkenaan turut meletakkan kapsyen ‘bersama bibik saya klepek sama mantan gue’ pada perkongsian tersebut.
Sementara itu, menerusi satu hantaran di Instagram Story, Fathia turut mencabar Zahirah untuk mengambil tindakan saman terhadapnya.
Saya nak lihat jika mereka (Zahirah dan Aiman) berani untuk saman saya. Saya berani kata mereka tidak akan berani buat demikian.
Sebab apa? Sebab mereka ‘loser’, #noprettynobrain.
Terdahulu, Fathia menerusi sesi siaran langsung di Instagram membalas beberapa pertanyaan pengikut yang bercakap mengenai kecantikan Zahirah.
Bagaiamanapun, jawapan yang diberikan Fathia mengejutkan ramai pihak apabila dia menyamakan wajah isteri kepada aktor Aiman Hakim Redza itu seperti pembantu rumah. Malah, dia akui wajahnya jauh lebih cantik.
Dalam sesi siaran langsung yang sama, dia turut menzahirkan rasa syukur kerana hubungannya dengan Aiman tidak bertahan lama.
Sumber: Instagram