berita

Muat Naik Gambar Mengenakan Hijab, Netizen Puji Janna Nick – ‘Cantik Bidadari Syurga’

April 10th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Perkongsian terbaharu pelakon dan penyanyi, Janna Nick di laman Instagram miliknya mencuri perhatian wargama selepas memuat naik gambar mengenakan hijab, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Didakwa Kena ‘Sidai’ 4 Jam, Individu Dedah Perangai Sebenar Janna Nick?

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Janna Tidak Gelakkan Sesiapa’ – Amelia Henderson Jawab Isu ‘Work-Life Balance’

Artikel berkaitan: Netizen Tegur Lain Macam ‘Posing’ Janna Nick Semasa Bersenam

Persis bidadari syurga

Menerusi perkongsian aktres berusia 28 tahun itu, dia dilihat manis dan ayu mengenakan hijab bersama jubah longgar berwarna merah jambu.

Difahamkan, foto tersebut diambil ketika Janna menghadiri majlis pelancaran sebuah produk kosmetik yang diadakan baru-baru ini.

Selain Janna, turut kelihatan beberapa rakan selebriti pada foto yang dikongsikan, antaranya penyanyi Adira Suhaimi dan usahawan, Mawar Rashid.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas, memuji penampilan pelantun lagu Gatal itu. Malah, ada juga yang mendoakan agar pemilik nama penuh Nurul Jannah Muner kekal istiqamah untuk terus mengenakan hijab.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang meninggalkan komen dengan mengatakan wajah aktres tersebut kelihatan jauh lebih muda dari usia asalnya apabila mengenakan hijab.

Sumber: Instagram Janna Nick

SKIP THIS AD ×