berita

Muat Naik Luahan Hati Di Instagram, Kamal Adli Nafi Ada Masalah Dengan Intan Ladyana

July 23rd, 2014 | by Ai
Kini Trending

hi_01.2

Siapa kat sini tahu mengenai kisah percintaan pelakon popular, Kamal Adli dan Intan Ladyana? Rasanya dah lama mereka ini bercinta kan?

Isnin lalu, Intan telah memuat naik beberapa keping foto yang kami percayai merupakan luahan hatinya yang sedang bersedih. Bila dah jadi macam tu, timbul pula desas-desua hubungannya dengan Kamal Adli bermasalah.

Namun, Kamal Adli memberitahu, dia tak tahu-menahu pun mengenai status Intan yang seolah-olah menggambarkan percintaan mereka dilanda badai. Cewah, badai tau! Hehe.

luahan

Menurut laporan mStar Online, Kamal Adli berkata mereka berdua masih seperti biasa, namun mengakui kedua-duanya sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Hubungan kami tiada masalah dan ia berjalan seperti biasa, namun saya akui memang sepanjang puasa ini saya agak sibuk dengan penggambaran di Taiping dan sudah dua minggu kami tidak berjumpa.

Tapi kami hantar mesej seperti biasa sahaja, mungkin status tersebut berkaitan perkara lain.

Hmm, pelik juga kan? Mana taknya, takkanlah Intan sengaja memuat naik foto berkenaan tanpa ada berlaku sesuatu disebaliknya. Tapi, mungkin ada benar kata Kamal Adli bahawa ia mengenai perihal lain.

Mungkin juga itu merupakan karya Intan kan? Siapa tahu. Hehe. Apapun, jika benar ada masalah antara mereka, kami harap kedua-duanya dapat berbincang.

Susah sangat kahwin jela. Masing-masing pun bercinta dah lama, karier pun makin berkembang. Dah tiba kot masa mendirikan rumahtangga. Eh?

Kredit Foto : Instagram Intan Ladyana & Kamal Adli

SKIP THIS AD ×