berita

Muat Naik Posting Menyentuh Emosi Di IG, Peminat Doakan Mizz Nina

July 20th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina seolah memberi bayangan bahawa dirinya sedang melalui fasa yang sangat sukar pada waktu ini.

Sesetengah perkara kelihatan sungguh sukar

Meskipun masih berdiam diri mengenai dakwaan rumah tangganya dengan Noh Salleh sedang bergolak, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat Mizz Nina selepas membaca posting yang dimuat naik oleh pelantun suara ‘With You’ itu. Menurut Mizz Nina, sesetengah perkara di dalam dunia ini mungkin kelihatan sungguh sukar untuk dilalui dalam kehidupan. Namun, pasti akan ada ganjaran atau kebaikannya pada masa hadapan.

Semua aspek seperti berhijrah, berdepan dengan kesusahan, sedih kerana kehilangan, bergaduh, mencari kerja, bercerai atau apa situasi sekali pun mungkin nampak sukar namun ganjarannya begitu indah. Sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita.

Dalam pada itu, anda juga mungkin menyayangi dan mencintai sesuatu, namun tidak menyedari impaknya sama ada tidak baik atau negatif. Berkemungkinan akan memberi kesan tidak baik namun anda menyayanginya kerana memberikan ketenangan, keterujaan dan kenyamanan.

Jelas Mizz Nina lagi, membuat kebaikan mungkin perkara paling kurang digemari atau disukai kerana ianya sukar untuk dilakukan, berbeza dengan keburukan yang lebih memberi keselesaan dan kenyamanan.

Allah lebih mengetahui

Sesungguhnya, hanya Allah SWT yang mengetahui apa yang terbaik dan kurang baik buat diri anda. Jadi, terima segala yang tertulis buat anda tidak kira sama ada anda melihat hikmah disebaliknya atau tidak. Satu hari nanti, anda pasti akan mengenang kembali dan bersyukur di atas apa ketentuan Allah buat anda. Walaupun mungkin bergenang air mata, tetapkan dalam hati bahawa Allah SWT lebih mengetahui.

Di ruangan komen, netizen menyatakan bahawa setiap ayat yang dikongsikan oleh Mizz Nina itu didakwa mempunyai maksud yang tersirat. Bukan itu sahaja, penyanyi itu seolah menyerahkan segala ketentuan kepada Allah SWT. Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Mizz Nina dan Noh bermasalah. Namun begitu, Noh telah menafikan mengenai perkara berkenaan dan menegaskan bahawa dakwaan itu sebagai berita palsu.

Sumber: Mizz Nina

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×