22 Februari lalu Nora Danish telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan nampaknya beberapa hari lalu dia telah pun melepasi tempoh berpantang selama 44 hari. Sepanjang waktu kelahiran bayi Nora (Neyney), banyak foto momen bersamanya dirakam dan dikongsikan kepada umum.
Terbaru, Nora telah memuatnaik beberapa keping gambar percutian ke Bali bersama Neyney dan ianya mendapat kritikan dari peminat kerana tidak menjaga sensitiviti kulit bayi tersebut.
‘Neyney first trip..’
Foto tersebut telah menerima lebih dari 50k tanda suka dan rata-ratanya memuji keadaan Nora yang telah pun kembali kepada berat ideal seperti sebelum ini. Namun, ada juga segelintir netizen yang bertindak untuk mengkritik foto-foto tersebut.
‘Bali lagi penting dari semua pantang larang dan kesihatan’
Segelintir netizen menyindir Nora kerana disifatkan lebih mementingkan percutian tersebut berbanding kesihatan anaknya yang baru berusia sekitar dua bulan itu.
‘Kenapa tak pakaikan baju, tak takut gelap ke?’
Terdapat juga peminat yang mempersoalkan Nora kerana tidak memakaikan pakaian kepada bayi tersebut dan bimbang tentang keadaan kulit bayi yang lebih sensitif.
‘Kesian la, takut masuk angina..’
Ada juga yang meluahkan komen bernada gusar kerana situasi tersebut memungkinkan bayi itu mengalami masalah kekembungan dan mendoakan agar ia dilindungi setiap masa.
‘Benda yang kita tak nampak boleh suka..’
Namun begitu, ada juga yang cuba berkongsi nasihat yang pernah diterimanya berkenaan penjagaan bayi. Apa pun admin pasti Nora lebih tahu dan faham dengan keadaan anaknya. Ibu mana yang nak tengok anak sakit, betul tak?
Credit: NoraDanish